Tuesday, October 27, 2009

Program Haul Syaikh Habib Abdullah al Haddad.



Sambutan Majlis Haul Syaikh Habib Abdullah al Haddad diadakan pada hari sabtu, 24 Oktober 2009 di Masjid Baitul Aman. Bagi Rakan al Husna, sambutan kali ini amat bermakna kerana ia telah dihadiri oleh Syaikh Habib Ali bin Hasan al Bahar yang merupakan rakan seperguruan dengan Ustaz Shahrul Rizal. Bahkan beliau merupakan anak murid pertama Sayyid Hasan al Saqqaf.

Jaulah ke majlis ini telah disertai oleh 33 ahli Rakan al Husna dari Johor. Semua berkumpul dirumah Ustaz Shahrul Rizal. Jemaah dari Johor Bahru yang diketuai oleh Saudara Arif sudah sampai sejak 23/ 10 lagi. Rombongan bergerak pada pukul 12.30 tengah hari.




Perjalanan lancar sehingga di perhentian Pagoh. Didapati tayar van sudah mula botak dan sudah nampak dalamnya. Maka perjalanan terhenti seketika apabila proses tukar tayar dilaksanakan. Apabila selesai, perjalanan disambung semula, tetapi van terdapat beberapa masalah. Jadi pergerakan van mula perlahan. Perjalanan yang perlahan telah melambatkan perjalanan kami.
Kami singgah pula di perhentian Ayer keroh untuk makan, mandi, solat dan menukar baju. Apabila semuanya selesai, kami mula bergerak sekitar pukul 6.30 petang. Namun, van agak terlambat bergerak disebabkan oleh beberapa masalah.

Tetapi kami berkumpul semula diperhentian Seremban untuk memberi peluang kepada penumpang van untuk menukar pakaian dan sebagainya. Sekitar pukul 7.50, kami menyambung perjalanan semula.


Kami sampai di Masjid Baitul aman, pada jam 8.30 malam. Ketika itu, al Fadhil Syeikh Fuad sedang memberi ceramahnya. Beliau telah menceritakan tentang kelebihan dan peringatan Syaikh habib Abdullah al Haddad. Diantara perkara yang dititik beratkan ialah peringatan Syaikh Abdullah al Haddad mengenai adab-adab ahli suluk. Perkara adab ini sudah banyak tidak diambil berat lagi oleh ahli suluk walaupun mereka mendakwa sebagai pemegang kepada sesuatu aliran. Maka wujudlah pelbagai tindakan yang menyalahi suluk dan hilang keberkatan dalam beramal.

Kemudian majlis diserikan dengan nyanyian qasidah. Dengan habisnya qasidah maka berakhirlah majlis pada malam itu. Kemudian diteruskan dengan ibadah solat isyak secara berjemaah. Usai bersolat, jamuan makan malam disediakan oleh pihak penganjur.
Walaupun orang sedikit demi sedikit mula meninggalkan masjid, namun, Rakan Husna sempat dan berpeluang bersama Habib Ali bin Hasan al Bahar. Pertemuan itu diserikan dengan mengaku-alu kehadiran Sayyid Ali dengan dendangan qasidah oleh Saudara Arif. Kemudian Sayyid Ali menyampaikan tausiyahnya kepada seluruh anak murid Ustaz Shahrul dan Rakan Husna.

Perkara yang ditegaskan oleh Sayyid Ali dalam tausiyahnya ialah kepentingan mencari ilmu dan menjadi orang yang berilmu. Dengan dalil-dalil dan penerangan Sayyid telah menampakkan kehebatan Sayyid Ali dalam ilmu Allah. Apabila Sayyid Ali menghabiskan tausiyahnya, disambung dengan pembacaan qasidah Yarasullah ya Sanadi oleh saudara Arif.

Sekitar pukul 12 pagi, barulah majlis selesai. Rakan al Husna telah mengiringi Sayyid Ali untuk kembali ke tempat penginapan. Selepas itu rombongan telah bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Namun, kami terpisah disebabkan oleh roadblock besar-besaran telah diadakan disepanjang jalan ke Dataran Merdeka. Jadi, masing-masing telah membawa haluan masing-masing. Cuma kereta Ustaz dan van yang dipandu oleh Fadhil sahaja yang bersama. Seterusnya kami bercadang ke Putrajaya, tetapi disebabkan oleh salah faham maka sekali lagi kami terpisah. Van yang dipandu Arif telah menghantar Bro Azmi ke hospital dan terus kembali ke Seremban. Kereta Ustaz terus ke Seremban, van Fadhil ke kajang dan kembali ke seremban pada pukul 4 pagi. Sementara kereta bedol sudah sampai di seremban sejak pukul 1 lagi.
Kemudian kami berehat untuk program esok seterusnya.




25 Oktober 2009

Sesudah solat subuh, kami telah bersiap sedia untuk meneruskan program. Kami telah bersarapan dirumah Ustaz Shahrul Rizal. Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Taman Desa, lebih kurang pukul 8 pagi. Dalam perjalanan kami singgah ke susur keluar Bangi untuk mengambil Udit dan terus kami pergi ke Masjid Taman Desa. Kami tiba di Masjid Taman Desa lebih kurang pukul 9.30 pagi.
Kami sampai pada waktu itu, majlis telah pun bermula dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruzaman, pensyarah UM dalam bidang akidah dan falsafah. Beliau telah menerangkan dengan jelas mengenai Ahli sunnah wal jamaah. Tentang sifat, ciri dan arah pemikiran ahli sunnah wal jamaah. Malah beliau juga mengingatkan bahawa tidak mungkin dengan jumlah penganut ahli sunnah wal jamaah dari asyairah itu adalah yang teramai jumlahnya boleh terdedah kepada penyelewengan. Kemudian majlis berehat sebentar. Sebelum majlis disambung semula, majlis diserikan lagi dengan persembahan qasidah oleh Rakan al Husna. Persembahan Rakan Husna telah menarik minat peserta yang ada di dalam majlis itu.

Kemudian majlis disambung semula dengan ceramah oleh al Fadhil Sayyid Ali bin Hasan al Bahar. Beliau telah membedah kitab Daf’u Syibtut Tasyhbih karangan Imam Ibnu Jauzi. Malah beliau telah menerang dengan terperinci dan jelas sekali mengenai nusus mutasyabihat dan bagaimana ahli sunnah beramal dengannya. Penjelasan beliau mengenai kumpulan dari jamaah muslimin yang menguna pakai makna zahir dari nusus mutasyabihat telah membuka mata peserta mengenai masalh yang sering dipertikaikan oleh golongan yang cuba merosakkan Islam.
Majlis disambung semula dengan penjelasan keterlibatan golongan wahabi dengan jenayah ekstrem. Bermula dengan penjelasan siapakah wahabi sehingga kesan negatif yang wujud dari kumpulan ini. Penjelasan ini telah disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Zamihan al Ghari yang telah menarik minat para peserta mendengarnya. Banyak persoalan yang telah ditanya dalam soal sesi jawab. Malah banyak perkara yang telah dapat diterang dengan jelas tentang masalah yang berkaitan dengan akidah ini.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Ulamak Malaysia Wilayah Persekutuan. Majlis selesai lebih kurang pukul 1.30 petang. Kami beredar lebih kurang pukul 2.00 petang.
Selepas itu, kami semua pergi ke Muzium Negara. Selepas itu kami ke Plaza Low yat dan lebih kurang pukul 6.30 petang, kami pulang ke Tenggaroh. Kami sampai di tenggaroh lebih kurang pukul 1 pagi.
Itulah serba sedikit, perjalanan kami dalam menjayakan aktiviti kali ini. Semoga orang terhibur.

Monday, October 19, 2009

Perkhemahan Aidilfitri di Tanjung Leman

Rakan al Husna telah mengadakan perkhemahan aidilfitri dipantai tanjung Leman pada hari Ahad bersamaan 18 Oktober 2009. Perkhemahan itu telah disertai oleh 20 ahli rakan al Husna. Kami sampai lebih kurang pukul 8 malam. Ahli rakan Husna terus bertindak menyediakan unggun api, mencari kayu api, menyediakan ayam panggang, memasak api dan sebagainya. Nasi mula dimakan secara berjemaah pada pukul 1 pagi. Selepas itu, mereka telah berqasidah ditepi pantai. Program itu diteruskan dengan permainan sembunyi ibu atau main nyorok-nyoroklah. Sekitar pukul 3 .30 pagi barulah program selesai dan tidur.
Pagi, solat subuh dan bangun menyediakan sarapan pagi. Malah ada yang mandi laut pagi itu. Sarapan pagi ialah maggi, roti campur kaya, nasi goreng dan kueh-kueh raya yang berbaki. Mereka meneruskan dengan mandi laut sehingga kecut. Pukul 10 masing-masing bersiap untuk kembali. Itulah aktiviti-aktiviti terakhir syawal yang dapat dikongsi bersama oleh ahli al Husna. Program ini adalah dibawah seliaan akhi fadhil dan akhi Salehuddin. Selamat tinggal Syawal. Syawal Mubarak.

Rakan al Husna menziarahi Syeikh Abdul Rasyid al Junaidie

Rasulullah bersabda : Nazratun ila alimin khairun min ibadatin sanah ( melihat sekali pandangan pada tuan guru lebih baik dari ibadah sunat setahun). Maka di atas unjuran itu, selagi ada hayat ulamak Rakan al Husna akan sentiasa menziarahi para ulamak untuk mengangkat dan beramal dengan hadis Rasul s.a.w.
Apatah lagi, jika ulamak itu dalam keadaan sakit. Jesteru satu usaha untuk menziarahi Syeikh Abdul Rasyid al Junaidie telah diadakan pada hari sabtu yang lalu bersamaan pada 17 Oktober 2009. Seramai 3 oranhg telah mewakili Rakan al Husna menziarahi syeikh di hospital mersing. Beliau dalam beberapa syawal yang lalu telah diserang sistem sarafnya sehingga keseluruhan dirinya terasa sakit. Maka anaknya telah membawanya ke hospital. Namun, kini kesihatan beliau bertambah baik.
Syeikh abdul Rasyid sempat memberi nasihat kepada anak-anak murid Ustaz Shahrul, agar sentiasa bersama Allah. Jadilah Ahlillah. Belajarlah ilmu makrifat. Istiqamahlah dengan syeikh yang membimbing dan lain –lain lagi. Mutiara hikmah dan tausiyah beliau hendaklah para ikhwan sekelian mengamalkannya.
Marilah kita bersama-sama berdoa agar syeikh dipanjangkan usia dan diberi kekuatan untuk istiqamah dalam ibadah dan kecintaan kepada Allah. Pertemuan singkat selama setengah jam itu telah diakhiri dengan bacaan doa oleh Ustaz Shahrul Rizal bin Mohd Sati.
Allahumma barik masyayikhana….

Program Perkhemahan Qiadah Rakan al Husna peringkat daerah Mersing, tahun 2007.

Program yang julung-julung kali yang dilaksanakan sepenuh oleh kumpulan Rakan al Husna berlangsung pada hari jumaat bersamaan 6.7.2007. Seramai 50 peserta telah menyertai program ini. Mereka semua ialah pelajar-pelajar seluruh daerah mersing. Setiap sekolah telah menghantar seramai 4 orang wakil sekolah masing-masing. Pelajar tersebut ialah pelajar tingkatan 4.

Dalam daerah mersing. ,mempunyai sebanyak 10 buah sekolah menengah. So, nak handle program memang senanglah sikit, sebab tak ramai. Program ini sebenarnya adalah anjuran bersama rakan al Husna dan PPD daerah Mersing. Yang paling banyak membantu ialah Ustaz Wan Nazri bin Wan Mohamed. Seorang pegawai yang berkarisma dan berdedikasi dalam pengurusan. Kecenderungannya pada urusan dakwah yang menyebabkan tercetusnya anjuran bersama ini. Kalau orang lain, sudah tentu agak susah sikit, kerana selalunya orang akan berkarenah dalam urusan birokrasi ini.


Hari Pertama

Hari pertama program ialah pada 6.7.2007. hari Jumaat, jadi lambatlah nak mula. Masing-masing masih sibuk dengan urusan jumaat. Pendaftaran berlangsung di kantin SMK Tan Sri Abdul Kadir. Dari pukul 2.00 hingga 2.30 petang. Tapi terlajak jugak, kerana menunggu para peserta yang datang dari jauh. Kira-kira pukul 3.30 barulah pelajar kesemuanya berkumpul. Taklimat perkhemahan telah disampaikan oleh saudara Faisal bin Punirin ( pelajar Tingkatan 6 SMK Tenggaroh A ). Selepas taklimat. Program diteruskan dengan pemasangan khemah. Tapak-tapak perkhemahan telah disusun mengikut kumpulan yang telah disesuaikan. Penyediaan tapak telah disempurnakan oleh ajk Rakan al Husna. Peserta hanya perlu memasang khemah dan membuat persediaan sahaja dari sudut kekemasan dan gajet perkhemahan.

Selain itu, peserta juga turut dikehendaki mencari kayu untuk memasak. Buat pengetahuan semua, peserta dikehendaki menyediakan masakan sendiri. Masakan tidak disediakan. Ini bertujuan untuk para peserta merasa kesusahan dalam menyediakan makanan, lantas terkenang akan budi baik ibu yang sentiasa memasakkan makanan untuk mereka dan bapa yang bersusah payah mencari rezeki buat mereka. Kesemua kesusahan itu akan berbaloi dengan terhidangnya makanan. Ini bertindak peserta untuk berusaha mendapatkan yang terbaik.

Pada pukul 4 petang, acara dimulakan denga slot yang pertama iaitu penerangan ringkas mengenai pertubuhan Rakan al Husna, yang disampaikan oleh al fadhil Ustaz Shahrul Rizal. Talimat penerangan Rakan al Husna tidaklah mengambil masa yang panjang dan diteruskan dengan penyempurnaan solat asar secara berjemaah dan diikuti dengan pembacaan Hizib al Bahar. Al Fadhil Ustaz Shahrul Rizal berbesar hati menyampaikan ijazah Hizib al Bahar kepada semua peserta untuk diamalkan. Seterusnya, para peserta minum petang.

Program diteruskan dengan slot yang kedua iaitu penyediaan kertas kerja dan surat menyurat. Slot ini telah disampaikan oleh guru pakar bahasa melayu SMK Tan Sri Abdul Kadir iaitu En Sulaiman bin Mohamed. Pembentangan tajuk hanya memakan masa 30 minit sahaja dan selebihnya berbentuk bengkel dan peserta membentangkan hasil perbengkelan. Program tersebut berakhir pada pukul 6.30 petang.

Kemudian pelajar bersiap sedia dengan masakan dan ada yang berjemaah maghrib di surau al Husna. Program ini melatih para peserta untuk merasai diri setiap orang berfungsi untuk setiap jemaahnya sendiri. Maka masing-masing membentuk akhlak dan disiplin daripada jadual yang dibentuk hasil kesepakatan dalam jemaah atau kumpulan.
Selepas solat maghrib berjemaah, program diteruskan dengan pembacaan ratib al Haddad. Kuliah maghrib telah disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Romizamrul bin Kamarjaman dengan tajuk “Gejala sosial dan masalah remaja “. Selepas tazkirah, al fadhil ustaz terus mengimamkan solat isyak secara berjemaah.
Pada pukul 9.05 malam, para peserta sudah berada di dalam dewan untuk acara seterusnya iaitu, slot yang ketiga yang disampaikan oleh al fadhil Ustaz Solahuddin dengan tajuk : Dakwah dan peranan Rakan al Husna.

Seterusnya diikuti dengan slot yang keempat dengan tajuk: sifat-sifat daie dan teknik berdakwah. Tazkirah itu disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Zamri. Kuliah habis pukul 11 malam. Sebelum peserta minum malam dan tidur, peserta dikehendaki membaca Hizb Imam al Nawawi. Malam itu juga, Ustaz Shahrul Rizal mengijazahkan kepada peserta sanad hizib tersebut. Kemudian perserta tidur di dalam khemah masing-masing.


Hari kedua

Pada pukul 4.30 pagi, para peserta sudah dikejutkan untuk berqiyamulail dan diteruskan dengan solat subuh berjemaah. Selepas solat, peserta membaca Ratib al attas dengan kendalian Ustaz Shahrul Rizal. Ustaz Shahrul Rizal memberi ijazah kepada para peserta Ratin al Attas untuk diamalkan. Kuliah subuh selepas itu juga telah disampaikan oleh al fadhil Ustaz Shahrul Rizal dengan tajuk persediaan seorang daie. Sekitar pukul 7 pagi para peserta kembali ke khemah masing-masing dan bersedia menyediakan sarapan pagi. Tugas sarapan pada pagi kali ini ialah menyediakan roti lilit.

Pada pukul 7.30 pagi, peserta sudah bersiap di padang untuk riadah pagi. Dalam riadah kali ini, para peserta diuji dengan minda dan tenaga. Mereka diuji dengan permain berkayu dua, merangkak, meniti titian dan tarik tali. Kemudian mereka dibenarkan untuk khidmat diri untuk slot yang seterusnya.

Slot yang kelima dimulakan pada pukul 8.30 pagi dengan tajuk Perlaksanaan Majlis Maulid al rasul.Slot ke-5 dan ke 6 telah disampaikan oleh al fadhil Ustaz Shahrul Rizal. Selesai slot yang kelima disambung dengan slot yang ke-6 yang bertajuk Bengkel Maulid al daibaie.

Pukul 10.30 pagi para peserta menyiapkan kudapan dan berkudapan. Program musafir daie yang bertujuan untuk menguji ketahanan seorang daie menghadapi sebarang tribulasi yang bentuk fizikal dan mental. Mereka perlu melalui trek yang disediakan. Setiap kumpulan disediakan seorang penunjuk jalan bagi memudahkan mereka masuk ke dalam hutan. Para peserta terpaksa berhenti sebanyak 6 check point. Dan setiap check point dan diuji dalam pelbagai aspek termasuk mencari makanan mereka sendiri. Mereka terpaksa mencari makanan melalui arahan yang disediakan dan perlu memasak apa yang telah dibekalkan. Selain itu, disinilah mereka mengaplikasikan solat di dalam hutan. Pelbagai ilmu dibekalkan untuk para peserta termasuk aktiviti membuat jerat. Kesemua aktiviti mencabar dan menghiburkan.
Program musafir daie berakhir sekitar pukul 5 petang. Para peserta boleh khidmat diri dan menunaikan solat asar. Selepas itu mereka membaca Hizib al Bahar dan membuat persiapan untuk majlis pembukaan Kem Qiadah yang akan dirasmikan oleh encik Muntazar dan Ustaz wan Nazri. Kedua-duanya ialah pegawai di PPD.
Beberapa peserta dari setiap kumpulan pula telah diarahkan untuk menyediakan makan malam untuk kumpulan masing-masing. Tema masakan pada kali ini ialah oven tanah, yang mana peserta dikehendaki memasak bahan yang disediakan di dalam tanah. Apabila mereka selesai masak, masakan mereka dinilai oleh hakim. Apabila selesai dinilai mereka semua makan malam, mandi dan bersedia untuk menunggu waktu maghrib.
Solat maghrib mereka solat berjemaah dan selepas solat mereka membaca Ratib al Haddad. Kemudian bersedia untuk memulakan majlis yang telah dirancang.
Majlis perasmian dimulakan dengan ketibaan tetamu pada pukul 8.30 malam di Surau al Husna. Tetamu telah disambut dengan pembacaan selawat tholaal badru alaina. Majlis diteruskan dengan pembacaan maulid al Daibaie. Sesudah itu, ucapan pegawai PPD dan diselangselikan dengan bacaan qasidah. Majlis perasmian dan majlis al Rasul itu diakhiri dengan tausiyah Ustaz Shahrul Rizal dan bacaan doa oleh beliau sendiri.
Selesai dari majlis malam itu, tetamu semuanya dijamu dengan jamuan ringan. Menunya ialah air teh dan roti jala. Selepas tetamu beredar , peserta telah membuat aktiviti unggun api. Membuat persembahan dan bercerita. Selain dari menunjukkan bakat dan kepimpinan , mereka juga dapat berkongsi cerita mereka. Ini akan menghasilkan semangat muhibbah dan persaudaraan yang erat sekali. Program untuk malam itu dihabiskan awal untuk memberi laluan kepada peserta untuk berehat setelah melalui hari-hari yang meletihkan. Sekitar pukul 11 malam mereka jtelah berehat dan tidur.


Hari ketiga

Para peserta bangun seawal 5 pagi untuk persediaan solat subuh berjemaah. Selepas solat subauh mereka telah membaca Ratib al Attas dan diikuti dengan kuliah subuh yang disampaikan sendiri oleh Ustaz Shahrul Rizal dengan tajuk ‘ Futuwwah ‘. Kuliah subuh selesai pukul 7 pagi dan peserta dikehendaki membuat persediaan untuk sarapan pagi. Sekitar 7.30 para peserta beriadah pula.Untuk riadah kali ini, pihak penganjur telah mengadakan pertandingan kawat kaki antara kumpulan-kumpulan. Kawat kaki ini dinilai dari segi kawat statik dan kekreatifan dalam membuat pelbagai bentuk yang menarik sepanjang berkawat. Pertandingan itu selesai pada pukul 8.30 pagi dan diteruskan dengan acara dewan dengan slot yang disampaikan oleh Ustaz Shahrul Rizal yang bertajuk ulamak dan remaja.Pukul 9.30 pagi para peserta telah diarahkan untuk mengemaskan tapak khemah masing-masing. Kebersihan amat dititik beratkan dalam perkhemahan kali ini kerana tujuan perkhemahan kali ini bertujuan untuk melatih kepimpinan dalam dakwah. Maka sudah tentu kebersihan adalah asas utama.

Jesteru itu para peserta telah diajar dengan teknik mengawal kebersihan di tapak perkhemahan.
Selepas sesi pengemasan selesai, para peserta berkumpul di dewan, di mana sesi muhasabah dijalankan. Muhasabah dibuat dalam beberapa bentuk antaranya ialah :
1. Ustaz Shahrul Rizal menerangkan rasional setiap aktiviti yang dijalankan dan keputusannya kepada peserta. Adakah ianya mencapai objektif.
2. Para peserta mengisi borang muhasabah untuk urussetia dalam menguruskan aktiviti program.
3. Peserta diwakili oleh ketua kumpulan menyampaikan rasa hati mereka dan komen sepanjang perkhemahan dijalankan.
Hasil dari sesi tersebut didapati 90% peserta begitu teruja dengan aktiviti perkhemahan yang ekstrem . malah mereka betul-betul berharap agar Rakan al Husna dapat dikembangkan, supaya dakwah yang lebih komersial yang menambat hati mad’u khususnya para remaja dapat dikembalikan kepada ajaran islam yang sebenar.
Pukul 10.30 pagi, majlis penutup dijalankan di dewan sekolah. Majlis telah ditutup dengan jayanya oleh al Fadhil Ustaz Wan nazri bin Wan Mohamed dari PPD Mersing. Ustaz Wan Nazri mengungkapkan rasa kagumnya terhadap pengurusan Rakan al Husna yang mantap. Beliau berharap agar Rakan al Husna dapat berkembang lebih maju lagi. Penyampaian sijil dan hadiah-hadiah kecemerlangan para peserta juga dilaksanakan pada majlis tertutup tersebut. Selepas majlis tertutup ditutup dengan jayanya , para tetamu dan peserta dijamu dengan makanan berat untuk tengah hari tersebut.
Apa yang menarik dalam perkhemahan qiadah kali ini ialah :
1. Ia diuruskan sepenuhnya oleh Rakan al Husna.
2. Aktivitinya memang mengancam terutamanya musafir kelana yang memang mencabar.
3. Aktiviti raiadah juga tidak membosankan.
4. Tajuk-tajuk slot yang amat relevan dengan isu terkini dan remaja.
5. Hiburan Islam yang kena dengan jiwa remaja.
6. Majlis al Rasul diadakan.
7. Buletin perkhemahan dikeluarkan setiap hari.
8. Pengurusan yang mantap
Dan macam-macam lagi. Buat akhirnya Rakan al Husna ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya pengurusan sekolah tan Sri Abdul Kadir yang sudi memberi sekolah untuk digunakan, Ustaz Wab Nazri dan seluruh warga PPD Mersing yang banyak memberi sumbangan, ahli-ahli rakan al Husna seterusnya yang terlibat secara khusus atau tidak dalam menjayakan perkhemahan kali ini. Semoga Allah memberkati kalian.
Majlis bersurai sepenuhnya sekitar pukul 2 petang. Majlis berjaya mencapai objektif dan selamat. Peserta gembira dan pengurusan program pun gembira. Terima Kasih semua.

Monday, October 12, 2009

Jaulah Marhaban Johor Bahru

Hari Ahad yang lalu, bersamaan pada 11 Oktober 2009, Rakan al Husna telah memulakan Jaulah Marhaban mereka ke Johor Bahru. Pada awal rancangan al husna ialah akan memulakan perjalanan seawal 6 pagi dan akan menghadiri Majlis Ratib dan asmaul Husna dibawah kendalian Habib Husein al Attas. Kemudian akan ke rumah haji Majid. Selepas itu ke rumah al fadhil Ustaz Shahrol Fadli dan al Fadhil Ustaz Zakuan. Namun perancangan itu terpaksa ditunda dan diubah kerana terdapat beberapa masalah yang mendatang.
Namun, program itu dapat dilaksanakan seawal pukul 12 tengah hari. Jemaah Rakan al Husna bertolak dari Tenggaroh pada pukul 12 tengah hari dan sampai di rumah al Fadhil Ustaz Shahrol di Taman Setia Indah, Johor Jaya, pada pukul 1.30 petang. Namun majlis bermula pada pukul 2 petang. Majlis dimulakan dengan bacaan marhaban dan sebuah lagu raya versi Rakan al Husna. Kemudian diakhiri dengan doa oleh Ustaz Shahrul Rizal. Usai sahaja, jamuan raya disediakan. Menu yang disediakan ialah nasi ayam yang sedap sekali. Tazkirah disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Shahrol yang memperingatkan dua perkara iaitu :
1. Sentiasa bersama syeikh. Belajar dengan syeikh selalu sebelum syeikh tiada.
2. Beramal dengan ilmu yang dipelajari.
Kemudian majlis diakhiri dengan bacaan doa yang dibaca oleh al fadhil Ustaz Shahrol. Selepas bersalam-salaman, jemaah rakan al husna berangkat menuju ke rumah al Fadhil Ustaz Zakuan.
Sekitar pukul 3 petang, rakan al husna telah sampai di rumah Ustaz Zakuan al Mukarram di Taman Sri Skudai, Johor Bahru. Majlis dimulakan dengan bacaan marhaban dan lagu khas raya versi Rakan al Husna. Ucapan dan tazkirah disampaikan oleh Ustaz Zakuan selepas bermarhaban. Beliau mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf jika ada tersalah dan tersilap. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Rakan al Husna kerana telah banyak melaksanakan program. Beliau juga memuji ahli-ahli rakan husna yang berjaya melaksanakan sunnah Rasulullah dalam amalan seharian. Beliau juga menegaskan agar sentiasa beristiqamah dalam perjuangan dalam menegakkan Islam. Ucapan seterusnya diucapkan oleh Ustaz Shahrul Rizal bin Mohd Sati. Beliau hanya memohon maaf bagi pihak rakan al husna dan mengucapkan selamat hari raya.
Acara seterusnya ialah jamuan makan. Menu yang disediakan ialah mee bandung yang enak. Selepas jamuan, majlis diakhiri dengan doa yang dibaca oleh al fadhil Ustaz Zakuan dan bersalam-salaman. Majlis berakhir sekitar pukul 4.30 petang. Turut hadir dalam majlis itu ialah al fadhil al alim Ustaz Khudzari, mantan Pengetua Maahad Johor.
Rakan al Husna kembali ke Tenggaroh apabila program selesai.

Sunday, October 11, 2009

Syaikh Abdul Rasyid al Junaidi sakit !


Syaikh Abdul rasyid al Junaidi sekarang berada di Hospital Mersing. Beliau ditahan wad beberapa hari yang lalu kerana komplisi beberapa penyakit. Anak-anak murid Ustaz Shahrul Rizal yaang kelapangan, silalah menziarahi beliau.Doakan agar beliau sihat dengan izin Allah.

Tuesday, October 6, 2009

Marhabaaaaannnnnn sudah bermula.




Kullu a’m wa antum bi khair…. Syawal menjelma lagi. Semua orang akan bergembira dengan kedatangan syawal. Begitu juga dengan jamaah al Husna.
Namun, jamaah al Husna tetap menyambutnya sesuai dengan kehendak syarak. Pesta Marhaban, sudah bermula. Marhaban kali pertama kami ialah dengan mengunjungi rumah Haji Mat di Skudai.

4 oktober 2009. Hari Ahad. Kami sampai di rumah Haji Mat pada pukul 6 petang. Kami sempat bersolat maghrib berjemaah. Kemudian kami bermarhaban. Suasana cukup meriangkan. Malah kami juga sempat menyanyikan sebuah lagu aidilfitri untuk tuan rumah.
Pesta marhaban akan diteruskan pada malam ini, 5 Oktober 2009. Bermula dengan rumah En Yunus, kemudian ke En Ibrahim dan yang terakhir ialah rumah En Mattusah.
Pada hari selasa pula ialah di rumah En Sammani. Inilah info terbaru mengenai Pesta Marhaban kali ini. Kami akan memasukkan data aktiviti marhaban dari masa ke semasa. Jom bermarhaban

Ziarah Haflah Zifaf Syaikh Hatta


Pada 4 Oktober 2009, hari Ahad yang lalu. Seramai 10 orang ahli Rakan al Husna telah mengunjungi Felda Air Tawar 5, kerana menziarahi majlis perkahwinan Syaikh Hatta. Kehadiran kami sekitar pukul 4 petang.
Suasana mendung pada awal majlis, namun dengan kehadiran barakah daripada tetamu, maka majlis berjalan lancar. Cuma sewaktu kehadiran kami. Gerimis mulai turun. Tapi, ia masih tidak menjejaskan apa-apa.
Syaikh Hatta telah menikahi isterinya yang berasal dari Melaka. Kami dari jamaah al Husna, mendoakan agar Syaikh dalam keadaan bahagia hendaknya dan berkekalan sehingga hari kiamat. Di kurniakan cahaya mata yang akan mewarisi keilmuan dan ketaqwaan Syaikh, yang mana dapatlah membimbing kami di jalan Allah ini.
Mabruk Ya Syaikh !.

Ziarah tetamu USIM


Pada hari Sabtu, bersamaan 3 Oktober 2009. Ustaz Shahrul Rizal sudi menerima kunjungan pelajar-pelajar USIM untuk berziarah hari raya.
Perjumpaan itu hanya sekadar perbualan ringan dan bertukar pendapat sahaja. Tetamu juga turut dijemput untuk menghadiri majlis pembacaan Marhaban dan qasidah yang berlaku di di Tenggaroh 1 pada malam itu.
Kemudian tetamu meneruskan perjalanan mereka ke Kluang, kerana mereka akan ke rumah Habib Ali bin Jaafar al I’ydrus keesokkannya.
Ustaz Shahrul Rizal mendoakan mereka akan dipermudahkan segala urusan dan berjaya dalam pendidikan mereka . Amin.

Marhaban di Taman Daya



Seramai 20 orang ahli Rakan Husna telah terlibat di dalam persembahan Marhaban yang berlangsung di Rumah Tuan Abdul Latif bin Bandi di Taman Daya, Jalan Danau pada 2 Oktober 2009, jam 9.00 malam.

Kehadiran Rakan al Husna dengan pembacaan marhaban telah mengamit dan memeriahkan lagi suasana marhaban ketika itu. Rakan al Husna telah membawa 9 lagu dalam marhaban dengan pelbagai versi lagu, menyebabkan masyarakat dan tetamu yang hadir terpegun dengan persembahan al Husna.
Kemudian al husna telah meneruskan dengan persembahan 3 buah qasidah. Sebelum menjamu selera, Rakan al Husna telah ditemuramah oleh dejay yang bertugas ketika itu, kerana teruja dengan persembahan Rakan al Husna.

Sekira-kira pukul 11 malam, Rakan al Husna bergerak kembali ke Tenggaroh.

Thursday, October 1, 2009

Penjanaan Ilmu Melalui Sistem Madrasah


Pengenalan
Karya-karya ulama seperti Syeikh Daud al Fathanie, Syeikh Ahmad al Fathanie, Syeikh Abdul Samad al Falimbanie, Syeikh Muhammad Arsyad al Banjarie dan lain-lain yang amat terkenal di dalam pelbagai bidang ilmu yang berpegang kepada Mazhab Feqh Syafieyyah dan aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah pegangan yang mantap dan jazam dari aliran Imam Abu Hasan al Aysha’rie dan Imam Abu Mansur al Maturidie dan pegangan ulama tasawuf yang muktabarah adalah menjadi tunggak kepada penyelidikan dan penerbitan Khazanah Ulama Alam Melayu.
Sejarah Penulisan
Sejarah penulisan Islam yang dilakukan oleh tokoh-tokoh ulama dunia melayu adalah serentak dengan kedatangan Islam diranyau ini akan tetapi sehingga kini tidak dapat dikenal pasti siapakah pelaku pertama dalam penulisan yang berasal dari dunia Melayu ini. Sepuluh peringkat penulisan ulama atau tokoh Islam dunia Melayu bermula dari sebuah manuskrip berjudul Bahr al Lahut karya Syeikh Abdullah Arif, tahun penulisannya adalah jauh sebelum tahun 1177M.
Peringkat kedua bermula pada abad ke 15 – 16 M dan judul karya yang dapat dikesan ialah Sisa-sisa Berguna yang membicarakan ilmu perubatan dan Tarikh Fathani dalam bahasa arab membicarakan sejarah beberapa kerajaan Melayu bermula dari Kerajaan Langkasuka karya Syeikh Shafiyuddin al Abbasi al Fathanie.
Pada peringkat ketiga dari abad ke 16-17M telah dijumpai manuskrip karya ulamak-ulamak Patani, Kedah dan Aceh iaitu Syeikh Faqih Ali bin wan Muhammad al Abbasi al Fathanie berjudul Tarikh Patani dalam bahasa Melayu, Syeikh Faqih Wan Musa al Fathanie dalam ilmu mantiq dan ilmu sarof, Ahmad bin Aminuddin al Qad-hi dalam ilmu tauhid, Syeikh Hamzah al Fansurie dan Syeikh Samsuddin al Samutraie kedua-duanya membahaskan ilmu Tasawwuf yang mendalam ( tasawwuf ketuhanan ). Syeikh Nuruddin al Raniri pula dianggap tokoh ulamak yang mula-mula menulis ilmu fiqh dalam bahasa Melayu berjudul al Shirat al Mustaqim.
Peringkat keempat abad 17-18M, dua orang ulamak yang berasal dari Acheh yang menonjol ialah Syeikh Faqih Jalaluddin bin Kamaluddin al Asyi dan anak beliau sendiri Syeikh Muhammad Zain Acheh, karya beliau yang tersebar berjudul Hidayat al A’wam. Karya ulamak Patani yang ditemui berjudul Tanbih al Ghafilin oleh Syeikh Abdullah bin Abdul Mubin al Fathanie Syeikh Syihabuddin al Haji bin Abdullah al Jawi dengan kitab berjudul Syarah Aqidah al Iman.
Peringkat yang kelima ialah penulisan ulamak terkenal seperti Syeikh Abdul samad al Falimbanie, Syeikh Muhammad Arsyad al Banjarie dan Syeikh Muhammad Nafis bin Idris al Banjarie.
Peringkat keenam seorang tokoh ulamak yang sangat produktif ialah Syeikh Daud bin Abdullah al Fathanie dengan keseluruhan karya beliau sebanyak 101 judul muncul sebagai penulis kitab tauhid, fiqh dan tasawwuf Mazhab al Syafie yang lengkap melengkapi segala permasalahan yang berlaku di alam melayu.
Manakala zaman ketujuh telah bermula dari Mesir, Turki dan seterusnya di Makkah adalah era pentashihan kitab Melayu / Jawi yang diusahakan oleh Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al Fathanie maka terjadilah penambahan istilah-istilah baru yang jumlahnya sangatlah banyak dan kaedah penyelarasan dan penyeragaman ilmu keIslaman dan percetakan kitab-kitab Melayu / Jawi yang dikarang oleh Ulamak Asia Tenggara.
Peringkat kelapan pada tahun 1906M dimulai dengan keterlibatan ulama / tokoh dunia Melayu menyalurkan pemikiran dalam penulisan majalah-majalah dan risalah agama Islam seperti Syeikh Muhammad al kalali, Syeikh Tahir Jalaluddin al Minkabawi dan Tok Kenali.
Penulis peringkat sembilan pada abad ke 20-21M tradisi penulisan mengalami perubahan besar disebabkan berbagai-bagai masalah,terutama sekali selain menggunakan tulisan Melayu / Jawi / digunakan juga tulisan Rumi / Latin. Tokoh-tokoh ulamak yang menghasilkan karya-karya mereka terdiri dari Prof Hamka, Prof Dr M Hasbi al Siddiqi, Haji Abu Bakar Aceh dan ramai lagi.
Peringkat kesepuluh adalah merupakan kerja-kerja yang telah didirikan oleh Khazanah Fathaniyyah melalui usaha Ustaz Wan mohd Saghir Abdullah yang berusaha mengumpul, menyelidik, mendokumentasi dan menerbitkan seluruh aktiviti ulamak dunia melayu dari peringkat pertama hingga ke peringkat sembilan. Kerja-kerja penulisan beliauyang pertama telah bermula sejak tahun 1390anH / 1970an M lagi lebih kurang 100 tahun selepas kebangkitan perjuangan datuknya Syeikh Ahmad al Fathanie. Hasil kajian telah dan akan disebarkan kepada seluruh dunia Melayu dalam berbagai corak mulai dengan keklasikan dan keasliannya sehingga kepada perkembangan moden dunia Melayu sekarang ini.
Jika dinilai usaha ulama terdahulu dengan serba serbi kekurangan, khususnya prasarana dan alatan yang lain, namun mereka telah mencorakkan dunia penulisan kita dengan garapan ilmu yang cukup cemerlang setanding dengan ulamak –ulamak luar negara seperti Syeikh Wan Ahmad bin Muhammad Zain al Fathanie. Berbanding dengan ulamak hari ini tentu jauh jika disorot dari sudut kualiti dan kuantitinya. Namun, penulisan ulamak terdahulu menjadi mahsyur dan barisan ulamak hari ini yang ulung dalam bidang keilmuannya adalah berpunca dari pengajian kitab-kitab tersebut di madrasah-madrasah, pondok-pondok mahupun universiti-universiti.
Oleh kerana itu, proses pengajaran tersebut mestilah diteruskan lewat pengajian bersanad seperti yang diamalkan oleh para pendahulu yang soleh-soleh. Usaha tersebut cuba digarap oleh para pendidik dan penuntut di Madrasah Islamiyyah Hasaniyyah. Jika membina generasi ulung melalui pemantapan ilmu berdasar pengajian tersebut adalah satu tuntutan maka segala usaha memungkinkan terbinanya juga adalah satu kewajipan.
Jesteru itu, sudah pasti ianya adalah kewajipan kita semua untuk merealisasinya. Bantulahlah apa sahaja yang termampu untuk mendirikan al Madrasah al Islamiyyah al Hasaniyyah.