Monday, November 9, 2009

Program dua minggu berqasidah diluar Tenggaroh.

Minggu Pertama
Minggu pertama cuti penggal pertengahan tahun, baru-baru ini. Kami dapat jemputan untuk berqasidah di Sungai Mati Muar. Kami bertolak pada hari sabtu. Tenggahari. Kami ikut jalan kluang dan terus ke highway . keluar di susur keluar pagoh Muar. Kami sampai di tempat tersebut lebih kurang pukul 5 petang. Berehat dan bersantai kerana kami akan berqasidah lepas maghrib.
Selepas maghrib, kami mulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat. Disambung semula selepas isyak, barulah kami membaca qasidah. Ramai jugak yang teruja dengan qasidah yang kami alunkan. Selepas berqasidah, kami telah menjengah bandar maharani. Bersiar-siar diwaktu malam di sepanjang sungai Muar. Lebih kurang pukul 12 tengah malam, barulah kami kembali untuk berehat


Pagi, kami hanya bersantai. Dan sekitar pukul 11, selepas makan tengahhari di majlis barulah kami beredar. Sebenarnya, kami telah dijemput sekali lagi untuk membaca qasidah diwaktu puncak pada majlis siang itu, tapi kami terpaksa beredar untuk program kami yang seterusnya iaitu ke Melaka.



Di Melaka, kami telah pergi ke taman Rama-Rama. Setelah itu ke Bandar Hilir dan berjalan-jalan sahaja. Petang barulah kami kembali ke Tenggaroh


Qasidah di senawang

Kami bertolak dari Tenggaroh sekitar pukul 9 pagi. Kami mengikut jalan Muazzam Shah. Kami hanya berhenti untuk makan tenggah hari sekitar pukul 1 petang di Air Terjun Ulu Bendul. Kami masak sendiri untuk menjimatkan perbelanjaan. Menu yang disediakan oleh bedul dan caca ialah ayam masak merah, sotong goreng dan ayam goreng. Manakala kuah kari dan minuman dibeli digerai yang menjual makanan dan minuman. Kami makan dengan berselera sekali.


Dalam perjalanan itu juga, kami sempat menziarahi makam Tuan Tulis. Seorang wali Allah yang terkenal dibumi negeri sembilan. Kami sempat berdoa, menyedekahkan fatihah, tahlil dan berselawat. Moga ruh beliau dicucuri rahmat. Kemudian kami sempat juga menziarahi maqam Syeikh Muhammad Said al Linggi. Kami membaca fatihah, berselawat, bertahlil dan berdoa, agar moga ruh syeikh dalam keadaan sejahtera. Kemudian barulah kami bertolak ke Senawang.

Di Senawang, kami berqasidah selepas bertahlil dan bacaan Yasin. Majlis itu telah diketuai oleh Ustaz Shahrul Rizal. Selepas solat isyak, barulah kami berqasidah. Ramai juga yang teruja dengan persembahan kami. Persembahan qasidah itu adalah bersempena dengan majlis pertunangan adik Ustaz Shahrul Rizal bin Mohd Sati.

Usai sahaja, van dan penumpang kereta bedol kembali ke Tenggaroh, kerana mereka berkerja. Manakala, kereta Ustaz Shahrul, hanya duduk di senawang sementara menunggu hari persembahan pada hari sabtu ini.


Qasidah di Paroi.

Rakan al Husna telah dijemput untuk berqasidah di Taman Paroi jaya sempena Majlis Perkahwinan En Baharuddin. Persembahan sebanyak dua kali, iaitu selepas asar, apabila selesai sahaja akad nikah dan besoknya diwaktu puncak majlis. Sebuah van dari Tenggaroh sampai, lebih kurang pukul 4 petang. Dan kami memulakan persembahan petang itu lebih kurang 5.30 petang sehingga pukul 6 petang.

Esoknya pula kami berada di sana pada pukul 12.30 tengah hari. Tiba-tiba kami terpaksa menjadi pemuzik iringin bagi pengantin kerana pemain kompang terlewat hadir di majlis itu. Selepas itu, kami telah mendendangkan beberapa lagu qasidah yang menyebabkan para tetamu teruja mendengarnya. Selepas makan, masih ada permintaan untuk kami mempersembahkan qasidah di luar pula. Tapi, kami hanya menanyikan sebuah lagu demi untuk menjaga hati tuan rumah.

Kemudian kami , telah bergerak ke Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan dan kemudian kami terus pulang ke Tenggaroh. Itulah sekadar perjalanan dakwah kami dalam memperjuangkan selawat terhadap Saidina Rasulullah.

1 comment:

  1. Salam tuan
    tumpang tanya, saya ini orang singapura dan saya cukup berkenan dengan kopiah taj yang dipakai oleh kumpulan tuan. bolehkah saya tahu mana saya boleh buat tempahan dan berapa harganya termasuk pos ke singapura. kalau cocok dan berpatutan, mungkin saya buat tempahan 10 biji. harap saudaara dapat contact saya di mas29jan@gmail.com. banyak terima kasih

    ReplyDelete