Monday, August 24, 2009

Syaziliyyah Foundations




Syaziliyyah Foundations ditubuhkan sendiri oleh Ustaz Shahrul Rizal, yang diambil dari nama pendiri Thoriqah Syaziliyyah iaitu Syeikh Abu Hasan al Syazili. Ianya ditubuhkan pada tahun 2003 seawl kedatangan Ustaz Shahrul Rizal ke bumi Tenggaroh.
Pada awalnya, Ustaz Shahrul Rizal ingin menjadikan Syaziliyyah Foundations sebuah pertubuhan yang akan bergerak untuk mengislah masyarakat seperti mana yang Ustaz Shahrul Rizal laksanakan pada Rakan Husna. Namun usaha tersebut tidak kesampaian apabila penubuhan Rakan Husna lebih diutamakan. Jesteru itu, Syaziliyyah Faoundations hanya menjadi sebuah unit yang kecil daripada Rakan al Husna kerasna Ustaz Shahrul Rizal tetap tidak mahu ianya terhapus begitu sahaja.



Oleh kerana itu, Syaziliyyah Foundatios hanya bergerak sebagai penerbit untuk bahan bercetak Rakan al Husna sekaligus membantu Unit Penerbitan Rakan al Husna bergerak.
Sekarang, Syaziliyyah Foundations telah menerbitkan hampir 10 buku Ustaz Shahrul Rizal dan berpuluh-puluh artikel dan pamplet Rakan al Husna. Semoga usaha ini diberi kekuatan oleh Allah untuk diteruskan dan dianggap amal soleh disisiNya.



Al Husna Entertaiment House

Sejak penubuhan Rakan al Husna, adalah amat sinonim aktiviti Rakan al Husna dengan beberapa aktiviti yang berbentuk hiburan antaranya ialah :

1. Bacaan Maulid al Daibaie, Simthut Duror, al Azzab, Syifa al Sudur dan Syaraful Anam, Dhiya ul Lami’ , Barzanji Nathar, Barzanji Nazam, Hadrah Ba Saudan, dan Burdah Busirie




2. Bacaan-bacaan qasidah.

Rakan al Husna seringkali dijemput untuk mengadakan pertunjukan dan persembahan sama ada dalam bentuk formal atau pun tidak formal. Dalam bentuk formal


ialah jemputan bacaan dalam majlis yang dihadiri oleh orang-orang keutamaan dan kenamaan. Majlis anjuran pihak tertentu termasuk kerajaan. Sementara tidak formal pula ialah dalam majlis perkahwinan, tahlil, potong jambul dan sebagainya.
Kumpulan nasyid al Husna telah ditubuhkan sejajar dengan penubuhan Rakan al Husna yang diberi nama D’One

yang membawa maksud “ Yang Satu “ iaitu Allah SWT. Seringkali menyertai pertandingan dan membuat persembahan.
Rakan al Husna telah dijemput mengadakan persembahan hampir keseluruh semenanjung. Semoga usaha ini berterusan.

Al Husna Aquatic Farm


Program ini ditubuhkan pada awal tahun 2006. Apabila pelajar-pelajar SMK Tan Sri Abdul Kadir yang baru lepas mengambil peperiksaan SPM tidak mempunyai apa-apa program yang dapat menjana keperibadian unggul, maka Rakan al Husna bertindak progresif untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM membina jati diri yang unggul dengan menubuhkan al Husna Aquatic Farm.
Dengan berbekalkan modal yang kecil sebanyak Rm 500, Rakan Husna telah membeli benih ikan sebanyak 3500 ekor ikan tilapia di Melaka..
Sekarang al Husna Plantations sudah mempunyai 2 ladang cili api yang diusahakan oleh sidang yang tersendiri. Iaitu sidang Habib Hasan al Saqqaf dan Habib Hasan al Attas.Setiap sidang mempunyai organisasi yang tersendiri.
Sekarang al Husna Aquatic Farm sudah mempunyai 2 kolam yang terdiri dari ikan tilapia dan ikan bawal merah.
Semoga usaha ini berjaya dan dikira sebagai ibadah. Sumbangan tuan puan amat penting untuk memastikan perjalanan program ini berterusan dan dapat membina peribadi pelajar. Infaq anda amat diperlukan dan sila masukkan ke dalam tabung kami.

Al Husna Production

Al Husna Production adalah salah satu daripada anak syarikat Rakan al Husna. Al Husna Production ialah syarikat yang mengeluarkan barangan atau produk Rakan al Husna dalam bentuk cenderamata dan barangan yang berkaitan dengan AJK Rakan al Husna seperti cd, vcd, kaset dan lain-lain lagi untuk membantu ajk penerbitan.
Setakat ini, al Husna Production telah pun mengeluarkan barangan cenderahati seperti penanda buku, kayu sugi, jam, penunjuk al Quran dan lain-lain lagi. Cd dan kaset juga dihasilkan oleh al Husna Production dalam bentuk hadrah, nasyid, zikir dan ceramah. Vcd ceramah, nasyid, hadrah dan lain-lain juga telah dikeluarkan oleh al Husna Production. Al Husna Production cuba menjana ekonomi Rakan al Husna dengan mempelbagaikan lagi pengeluaran barangan seperti t-shirt Rakan al Husna, paying, beg, dan lain-lain lagi. Tetapi, usaha mempelbagaikan barangan ini mempunyai modal yang besar. Oleh kerana itu, Rakan al Husna akan lebih giat untuk mendapatkan modal tersebut.
Pulangan atau keuntungan al Husna Production adalah 100% akan digunakan oleh Rakan al Husna untuk membayai usaha dakwah ini yang menyeliputi keseluruhan aktiviti-aktiviti Rakan al Husna. Semoga usaha ini diberi ganjaran oleh Allah dan diberkatinya.

Tabung Rakan al Husna

Tabung Aktiviti Rakan al Husna



Memandangkan aktiviti al Husna dalam bidang dakwah ini semakin bertambah, maka peruntukan kewangan amat-amat diperlukan. Terutamanya aktiviti ziarah para ulamak, penyertaan program-program mauled, pelaksanaan program mauled dan banyak lagi.Secara khususnya duit tabung ini akan dibahagikan kepada penggunaan ahli dan pelaksanaan majlis.Sumbangan dan infaq anda amat diperlukan.

Tabung Mustada’fin al Husna

Tabung ini adalah kesinambungan dari projek Dar al Mustada’fin al Hasani. Walaupun ia belum bermula kerana masih tiada bajet dan sumbangan, namun inilah usaha Rakan al Husna untuk membantu golongan tua, kurang upaya dan faqir miskin yang termasuk didalam projek Mustada’fin.Sumbangan dan Infaq anda menjayakan Islah masyarakat.


Tabung Dakwah bil Hal

Pada tahun 2005, Rakan al Husna telah memulakan projek Dakwah bil Hal untuk orang asli, agar orang asli akan turut sama menganut agama yang suci ini. Rakan Husna telah berjaya mengislamkan 63 orang asli di Tanah Abang. Rancangan Rakan Husna agar dapat berdakwah sebanyak 2 kali setahun tetapi usaha itu gagal kerana tiada sumber kewangan.Infaq anda memastikan mereka turut Islam.



Tabung Aytam al Husna

Sudah 2 tahun berturut-turut semenjak tahun 2005, Rakan Husna telah banyak membantu anak-anak yatim terutamanya dimusim perayaan. Tabung ini bukan setakat membantu anak yatim tetapi bercita-cita untuk membina kompleks anak yatim seperti yang dirancangkan di dalam projek Dar Aytam al Hasani. Infaq anda membantu anak yatim.

Tabung Zawiyah Hasaniyyah

Tabung Zawiyah ini ialah tabung yang akan menampung kos aktiviti pengajian sepanjang tahun. Selain itu ia juga bertindak untuk mengumpul dana untuk pembinaan Pondok Madrasah Islamiyyah al Hasaniyyah. Semoga Infaq anda akan menjadi amal jariah dan saksi di akhirat kelak.


Tabung prasarana al Husna

Tabung prasarana ialah tabung untuk mengumpulkan dana untuk melengkapkan segala prasarana Rakan al Husna sekaligus merealisasikan cita-cita pembinaan Pondok Madrasah Islamiyyah al Hasaniyyah, Kompleks Anak Yatim Dar Aytam al Hasanie, Kompleks orang cacat upaya dan faqir miskin Dar al Mustad’afin al Hasanie dan orang –orang tua di Rumah Impian Kasih al Hasanie.Malah prasaran tersebut tentu memakan jumlah yang besar termasuk menyediakan pengangkutan al Husna. Cita-cita murni ini tentu tidak akan berjaya tanpa sumbangan dan infaq anda.





BIL

DANA
INSTRUMENS
JUMLAH
CATATAN

1 Tabung aktiviti Rakan al Husna

- Pengurusan aktiviti ( Pengangkuatn / makanan tetamu/ dll )
- Pengurusan ahli ( makanan )
- Latihan keahlian
RM 30,000

2 Tabung al Mustada’fin al Husna
- Derma bantuan persendirian ( duit / peralatan )
- Program motivasi
- Membantu penyediaan pembinaan Dar al Mustada’fin
RM 10,000

3 Tabung Dakwah Bil Hal
- Pengurusan aktiviti ( Pengangkutan / makanan tetamu / hadiah / dll )
- Pengurusan ahli ( makanan )
- Bantuan ( duit / peralatan )
RM 10,000

4 Tabung Aytam al Husna
- Derma / zakat
- Bantuan ( duit / peralatan )
- Program motivasi
- Membantu penyediaan pembinaan ( Dar Aytam al Hasanie )
RM 10,000

5 Tabung Zawiyah al Hasaniyyah
- Pengurusan aktiviti
- Membantu penyediaan pembinaan ( Pondok Madrasah Hasaniyyah )
RM 2,000

6 Tabung prasarana al Husna
- Pembinaan Kompleks Pondok Madrasah Hasaniyyah yang terdiri daripada

• Masjid al Hasanie
• Pusat Pengajian al Hasanie
• Kompleks penempatan kelamin
• Kompleks penempatan bujang
• Bas atau van sebagai pengangkutan
• Tapak Pondok Madrasah Hasaniyyah
RM 1,000 000

7 Dar Aytam al Hasanie
Pembinaan Kompleks Dar Aytam al Hasanie terdiri daripada :

• Kompleks penginapan / asrama untuk anak-anak yatim
• Dewan serbaguna untuk kegunaan anak yatim
• Dewan makan
• Peralatan dan prasarana seperti tilam, locker, katil dan lain-lain.

RM 600, 000

8 Dar al Mustada’fin al Hasanie
Pembinaan Kompleks Dar al Mustada’fin al Hasanie terdiri daripada:

• Kompleks penginapan / asrama untuk faqir miskin di bahagian atas dan orang kurang upaya di bahagian bawah.
• Dewan serbaguna untuk kegunaan faqir miskin dan orang kurang upaya
• Dewan makan
• Peralatan dan prasarana seperti tilam, locker, katil dan lain-lain.


RM 600, 000

9 Rumah Impian Kasih
Pembinaan Kompleks Rumah Impian Kasih al Hasanie terdiri daripada :

• Kompleks perumahan untuk orang-orang tua
• Dewan serbaguna untuk kegunaan orang-orang tua
• Dewan makan
• Peralatan dan prasarana seperti tilam, locker, katil dan lain-lain.
RM 400, 000

10 Pondok al Madrasah al Hasaniyyah
- Pembinaan Kompleks Pondok Madrasah Hasaniyyah yang terdiri daripada

• Masjid al Hasanie
• Pusat Pengajian al Hasanie
• Kompleks penempatan kelamin
• Kompleks penempatan bujang
• Bas atau van sebagai pengangkutan
RM 1, 000 000

11 Al Husna Aquatic Farm
• Benih Ikan
• Makanan
• Ubat-ubatan
• Jaring dan zink ( Pagar )
RM 5,000

12 Al Husna Plantations
• Benih pokok
• Baja
• Air
• Racun dan semburan
• Pagar
RM 5,000

13 Al Husna Productions
• Modal pembelian dan pengeluaran
• Upah
RM 3000

14 Syaziliyyah Foundations
• Modal pembelian dan pengeluaran
• Upah
RM 4,000

15 Al Husna Entertaiment House
• Pembelian alatan muzik / perkusi

RM 10,000

16 Al Husna Food Factory
• Modal
• Peralatan mesin
• Pembungkusan
• Pemasaran
RM 4,000

17 Al Husna Farm
• Tapak ladang
• Pagar
• Modal binatang
• Makanan
RM 10,000

Sejarah zawiyah al Hasaniyyah

Sejarah penubuhan zawiyah al Hasaniyyah ialah bermula dengan penubuhan Rakan al Husna. Sewaktu Ustaz Shahrul Rizal masih belajar di Jordan dengan al A’lim al A’llamah Syeikh Sayyid Hasan Ali al Saqqaf, Ustaz Shahrul Rizal pernah mengemukakan azam kepada Tuan Guru agar beliau dapat membina sebuah madrasah yang memperjuangkan syariat Allah dan memperjuangkan kebenaran Islam daripada ancaman dalaman dan luaran.
Atas azam tersebut, maka Ustaz Shahrul Rizal telah memulakan pengajian di Suaru al Husna. Apabila kehadiran para pelajar yang ingin mempelajari ilmu agama bertambah ramai, maka timbullah usaha untuk menubuhkan Rakan al Husna, yang bergerak di atas sebuah jemaah yang bertujuan berdakwah dengan kaedah Hal.
Namun, Ustaz Shahrul Rizal masih belum berpuas hati walaupun Rakan al Husna telah aktif dan giat berdakwah. Ini adalah kerana, beliau berpendapat, dakwah tanpa pembinaan ilmu agama yang mantap akan menjadikan usaha itu sia-sia dan tidak akan kekal lama. Atas inisiatif itu, Ustaz Shahrul Rizal telah mencadang agar pembinaan zawiyah ini dilaksanakan sebelum pembinaan madrasah yangdicita-citakan.
Sementara al Hasaniyyah pula diambil daripada nama Tuan Guru beliau, iaitu al Hibr al Fahhamah al Sayyid Hasan bin Ali al Saqqaf.

Dar Aytam al Hasanie

Setelah 2 tahun Rakan al Husna mengambil berat dengan nasib susah anak-anak yatim dengan pemberian zakat dan sumbangan ketika menyambut perayaan terutamanya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, maka dengan segala kesungguhan Rakan al Husna bercita-cita agar dapat membina sebuah penempatan dengan segala kelengkapan prasarana yang mencukupi dan selesa agar dapat membantu anak-anak yatim terutamanya di Tenggaroh.
Pembelaan Rasulullah tehadap kesusahan anak-anak yatim amat jelas seperti yang termaktub di dalam al Quran dan hadis, menjadikan tanggung jawab itu mestilah dipikul bersama.
Lantaran cita-cita pembinaan Dar Aytam al Hasanie amatlah diharapkan agar nasib anak yatim akan terbela. Namun, pembinaan tersebut pasti akan memakan modal yang melibatkan jutaan ringgit. Amatlah dihargai untuk sesiapa turut terlibat di dalam amalan amal jariah ini. Semoga usaha dan cita-cita ini akan terlaksana dan diberi ganjaran yang sewajarnya dari Allah.

Dar Mustada’fin al Hasanie

Rasulullah s.a.w amat mementing dan mengasihi orang-orang miskin dan orang kurang upaya. Sejak dari hijrah Rasulullah s.aw. ke Madinah, Rasulullah telah menyediakan ruang-ruang untuk penempatan orang miskin di Masjid Nabawi.
Jesteru itu, dengan suasana zaman sekarang yang mana terdapat ramai orang miskin yang tidak mempunyai penempatan, maka sudah pasti usaha ini amat bertepatan dengan Sirah Rasulullah s.a.w.
Dar Mustada’fin ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu satu untuk orang miskin dan faqir yang tegar dan yang kedua ialah orang kurang upaya.
Dar Mustad’afin akan menyediakan dewan asrama untuk mereka dan dewan makan. Dewan serbaguna juga disediakan untuk mereka belajar dan berusaha untuk meningkatkan tahap ekonomi mereka.
Dar Mustad’afin bukan setakat menyediakan penempatan dan kerja yang meningkatkan ekonomi, sudah pasti mereka akan terlibat dengan aktiviti Rakan Al Husna untuk menambah ilmu agama sekaligus menyediakan mereka sebagai pendakwah-pendakwah agam Allah.
Islam itu adalah rahmat. Pelaksanaan Dar Mustad’afin pasti adalah rahmat Allah kepada golongan yang tidak berupaya. Semoga cita-cita murni ini terlaksana dengan adanya insane-insan seperti para sahabat yang berjuang dengan harta mereka agar kesenangan harta dikongsi bersama.

Impian Kasih

Tuan Guru as Sayyid Hasan bin Ali al Saqqaf sering mengingatkan kepada Ustaz Shahrul Rizal perihal menjaga kebajikan orang yang tidak berkemampuan terutamanya kanak-kanak dan orang tua. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah sepanjang di Mekah dan Madinah. Baginda sering memperjuangkan nasib golongan ini, apatah lagi jika golongan tua itu adalah golongan yang tidak berkemampuan atau ditinggalkan ole anak-anak.
Jesteru itu, Ustaz Shahrul Rizal sentiasa bercita-cita agar dapat menubuhkan sebuah kompleks Impian Kasih yang mampu memberi perlindungan kepada golongan ini.
Selain menyediakan prasarana, golongan ini pasti akan diajar untuk lebih mendekati Allah dan mendalami ilmu agama Allah.
Semoga usaha yang baik ini akan mendapat sokongan masyarakat dan juga orang yang bersimpati agar dapat sama-sama menyumbang ke arah masyarakat madani seperti pembinaan Madinah al Nabawiyyah. Kembali ke Madinah.
Pondok al Madrasah al Hasaniyyah
Setelah pelaksanaan Zawiyah Hasaniyyah bergerak dengan aktif dengan sokongan pengerakan Rakan al Husna yang memberansangkan, maka Ustaz Shahrul Rizal telah mencadangkan agar pembinaan Pondok Madrasah segera dibina agar cita-cita Ustaz Shahrul Rizal terhadap Tuan Guru beliau iaitu al Allamah al Fahhamah al Sayyid Hasan bin Ali al Saqqaf akan tercapai. Malah ianya pasti akan membuahkan hasil lebih daripada apa yang dijangkakan. Sebanyak sedikit pasti akan memberi impak yang mendalam dalam pembentukan akhlak yang soleh dalam masyarakat setempat.
Penjiwaan dan pembinaan semula tradisi keilmuwan dapat diserap dengan cepat terhadap suasana ilmu di Johor umumnya dan di daerah Mersing khususnya.
Cita-cita murni ini pasti akan mengundang ketelusan jiwa insan mukmin taqiy yang akan terus menginfaqkan hartanya agar Islam dapat terus dan cepat berkembang. Adalah amat di alu-alukan penyertaan insan yang berupaya dan ikhlas dalam usaha murni ini.

Sejarah peribadi Tuan Guru kami : Ustaz Shahrul Rizal bin Mohd Sati


Ustaz Shahrul Rizal bin Mohd Sati dilahirkan di Kampung Air Itam Labu, Kampar, Perak pada 16 Disember 1978. Ayah beliau yang bernama Mohd Sati bin Haji Basry pula berasal dari Kampung Changkat Melintang, Perak. Kemudian dibesarkan di Tapah Road, Perak. Dibesarkan dalam suasana agama yang kuat. Haji Basry merupakan tempat rujukan orang kampong selain menjadi anak murid yang taat kepada seorang Tuan Guru yang buta. Kerjanya hanya membawa Tuan Gurunya mengajar ke masjid-masjid dengan menaiki basikal. Ketika mengajar, Haji Basrylah membaca matan daripada kitab-kitab dan disyarahkan oleh Tuan Guru beliau. Malah beliau sendiri sejak seawall umur 20 tahun sudah pergi ke Mekah. Pada beliau terkumpul segala ilmu dunia dan akhirat, zahir dan yang batin. Mengikut asal cerita daripada En Mohd Sati, keturunan beliau berasal dari kerajaan Jawa iaitu kerajaan Islam Demak. Ayah kepada Haji Basry telah berhijrah ke Tanah Melayu dan mengajar disana. Kemudian dia kembali ke Tanah Jawa dengan meninggalkan anaknya iaitu Haji Basry kepada seorang penjaga dari penduduk tempatan yang bernama Haji Kali ( bukan nama sebenar, Cuma gelaran kerana kebaikan, kepandaiannya seperti Sunan Kalijaga ). Haji Kalilah yang menjaga dan membesarkan Hj Basry. Sementara ibu kepada Mohd Sati meninggal dunia di tanah haram, Mekah. Ayah dan ibu En Mohd Sati amat teguh berpegang dengan amalan agama dan beristiqomah dengan amalan thoriqah. Salah seorang dari anak beliau dari isteri yang kedua bersamaan dengan adik En Mohd Sati telah menjadi khalifah bagi thoriqah Naqsyabandiah Kholidiyyah di Perak.
Sementara ibu Ustaz Shahrul Rizal pula ialah Sohaini Bt Baharudin. Berasal dari kampong Air Itam Labu. Seorang yang biasa tetapi amat taat dengan suaminya. Pewarakannya amat disenangi oleh setiap orang. Hasil perkongsian hidup bersama, maka mereka dikurniakan 9 orang anak. Yang menuntut ilmu agama seramai 2 orang. Pertama : Norsyima Mohd Sati, menuntut di Universiti al Azhar, Mesir. Kedua : Ustaz Shahrul Rizal. Menuntut di Universiti Mu’tah, Jordan.
Pada mulanya mereka menetap di Tapah Road ketika En Mohd Sati bekerja sebagai askar. Tetapi pindah ke N.sembilan pada tahun 1980 untuk kehidupan yang lebih selesa dan lari daripada kehidupan askar yang agak penuh kemaksiatan pada waktu itu. Ustaz Shahrul Rizal pun dibesarkan disana.
Menurut ibu Ustaz Shahrul Rizal, daripada adik beradik yang ramai itu, Ustaz Shahrul Rizallah yang paling mudah dilahirkan.Tanpa rasa kesakitan, Ustaz Shahrul Rizal terlalu mudah untuk dilahirkan.



Pendidikan Tuan Guru
Ustaz Shahrul Rizal mendapat pendidikan tidak rasmi sejak kecil lagi daripada ayah dan ibu beliau. Sewaktu kecil beliau juga sering ke kelas pengajian Syeikh Mohd Redho bersama-sama dengan ayah beliau.
Ustaz Shahrul bin Mohd Sati mendapat pendidikan awal di SK King George V, Ampangan, Seremban. Dari darjah 1 hingga darjah 6. Menduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan 1A 2B 1C. Beliau melanjutkan pelajaran ke SMK Jalan Sikamat. Sekarang sudah dikenali dengan nama SMK Sheikh Haji Mohd Redza. Apabila sampai ditingkatan 3, beliau sudah mula menjejakkan kaki ke pondok Hj Ali, Siliau, mempelajari ilmu agama secara sambilan bila cuti sekolah. Dengan keputusan peperikasaan PMR sebanyak 2A 5B 1C dan 1D melayakkan beliau menyambung pelajaran ke Maahad Ahmadi, Gemencheh, N.Sembilan.
Di Maahad Ahmadilah, beliau mula menimba ilmu agama secara serius dan seringkali mengunjungi Pondok Hj Zakaria dan Pondok Hj Hamzah,menyebabkan beliau digelar dikalangan kawan-kawannya dengan pangilan “Syeikh”. Di Maahad Ahmadi beliau telah mempelajari dan menguasai dengan baik ilmu agama seperti akidah, mantik, ilmu hadis, tafsir, balaghah, tarikh adab dan lain-lain lagi. Beliau juga sering dipuji oleh guru-gurunya dengan mendapat keputusan yang baik dalam senawi. Selain daripada itu, beliau mula mempelajari kitab kuning dipondok-pondok dalam ilmu tauhid, tasawwuf, tafsir dan sebagainya. Dalam tempoh yang singkat itu, beliau telah mendapat keptusan yang baik dalam peperiksaan SPM dan melayakkan beliau mendapat tawaran menyambung pelajaran di Jordan dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Universiti Mu’tah.
Beliau berangkat ke Universiti Mu’tah pada 18 Jun 1996. Dengan semangat dari titisan darah medan syuhada Mu’tah telah menambah semangat Ustaz Shahrul Rizal untuk menimba ilmu agama untuk mempertahankan tradisi keilmuan Islam dan semangat juang mendirikan kekhalifahan Islam. Beliau telah melazimi pengajian talaqqi musyafahah daripada Tuan Guru utama yang menjadi mursyid beliau iaitu, Syeikh Sayyid Hasan bin Ali al Saqqaf. Daripada Sayyid Hasanlah beliau mempelajari aqidah yang soheh, hadis dan ulumnya, al Quran, tafsir, feqh syafie dan tasawwuf dalam Thoriqah Syaziliyyah al Darqowiyyah.


Selain itu, beliau juga turut belajar dengan Syeikh Hazim Naif Abu Ghazalah dalam ilmu tasawwuf dan Thoriqah Syaziliyyah Qadiriyyah serta feqh hanafi. Syeikh Abdul Karim al Urabie dalam Thoriqah Syaziliyyah. Syeikh Nuh Hamim Keller dalam Thoriqah Syaziliyyah Darqowiyyah dan feqh syafie.Said Foudeh dalam mantik dan akidah. Syeikh Arnaout dalam ilmu hadis dan ramai lagi terutamanya dengan pensyarah Universiti seperti Dr Abdullah Fawwaz, Dr Abdul Rahman al Kilani dan lain-lain lagi.
Ketika berada di Jordan, beliau juga amat aktif dengan persatuan. Beliau adalah di antara pengasas kumpulan nasyid al Zauraq yang mampu mengadakan beberapa konsert di Mu’tah. Beliau jua telah memegang jawatan dalam lajnah thaqofah dan biro Akedemik Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah. Beliau juga adalah orang yang terlibat dengan penubuhan PERMATA yang menjadi wakil kepada Badan Kebajikan Anak Negeri,Negeri Sembilan. Selain itu beliau turut terlibat sebagai pengerusi SPR untuk Pilihanraya PERMATA.
Apabila tamat pengajian di Universiti Mutah pada tahun 2001 dengan kepujian Ustaz Shahrul Rizal kembali ke Malaysia dan menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Islam Bangi dan mendapat Diploma Perguruan pada tahun 2002. Beliau juga sempat belajar dengan Dato’Haron Din di Darus Syifa dan berjaya mendapatkan ijazah dalam perawatan secara Islam.
Dan kini, beliau bertugas di SMK Tan Sri Abdul Kadir dan bergiat aktif dalam dakwah di peringkat Johor dan daerah Mersing. Semoga Allah merahmati Tuan Guru Kami.

Masyayikh Tuan Guru Kami

Masyayikh Jordan

1. Allamah al Muhaddith al Kabir Syeikh Sayyid Habib Hasan bin Ali al Saqqaf

( Aqidah, Hadith dan Ulum,Feqh Syafie dan segala ulum syarie serta Thoriqah Syaziliyyah Darqowiyyah )

2. Syeikh Abdul Karim al Urabie

( Thoriqah Syaziliyyah Darqowiyyah )

3. Syeikh Hazim Naif Abu Ghazalah

( Thoriqoh Syaziliyyah Qodiriyyah, Feqh Hanafi )

4. Syeikh Nuh Hamim Keller

( Thoriqoh Syaziliyyah Darqowiyyah, Feqh Syafie )

5. Syeikh Said Foudeh

( Akidah, Mantik )

6. Syeikh Syuib Arnaout

( Hadis )

Masyayikh Syiria

1. Syeikh Said Ramadhan al Boutie

( Feqh Syafie, Tasawwuf , Sirah )

2. Syeikh Rejab

( Feqh Syafie )

Masyayikh Turkey dan Cyprus

1. Syeikh Mahmud Efendim

( Thoriqah Qadiriyyah )

2. Syeikh Nazim A’dil al Qubrusie

( Thoriqah Naqsyabandiah Haqqaniah )

Masyayikh Nusantara

1. Kiyai Hj Zakaria
( Thoriqat Syattariyyah, Feqh Syafie dan Tasawwuf )

2. Baba Nawie
( Feqh Syafie, Tasawwuf )

3.Syeikh Hj Abdullah Sijang
( Thoriqah Ahmadiyyah, Tasawwuf )

4. Gus Arifin
( Thoriqah Bani Alawie, Tasawwuf )

5. Syeikh Wan Mohd Saghir bin Abdullah

6. Habin Ali bin Hasan al Bahr

Masyayikh Iraq

1. Syiekh Afifuddin bin Abdul Qadir al Jailanie
( Thoriqah Qadiriyyah, Tasawwuf )

Pensyarah Universiti

1. Dr Abdullah Fawwaz
2. Dr AbdulRahman al KIlanie
3. Dr Abdul Malik Sa’die
Sahabat Tuan Guru Kami

Dalam perjalanan menuntut dan meredah ilmu, maka sudah tentu Ustaz Shahrul Rizal tidak keseorangan dalam mencapai citi-cita yang dihajatinya. Maka teman seperguruan amatlah menjadi pendorong dalam beristiqamah merencana kehidupan keilmuwan.
Ketika di Jordan Ustaz Shahrul Rizal sempat bersahabat dengan beberapa orang yang turut beristiqamah dalam memperoleh ilmu antaranya ialah

1. Sohibul Wilayah Ustaz Mohd Shahrol Fadhli bin Ali al A’lawie ( Imam Masjid Kangkar )
2. Syeikh al Allamah Sohibul Karamah Habib Sayyid Ali Hasan al Bahar ( Professor di Indonesia )
3. Allahyarham Syeikh Rofi’uddin ( wafat setelah kembali ke Lombok Indonesia menjadi Tuan Guru Pesentren )
4. Habib Hadi bin Hamid al Attas
5. Sohibul Kalam sawaiqul mursalah Ustaz Zamihan al Ghari ( Penulis Kitab Salafiyyah Wahabiyyah satu penilaian )
6. al Fadhil Ustaz Zakuan bin Khudzari
7. Ustaz Mohd Rosdi
8. Ustaz Ainul Qushairie ( Penulis Kitab Motivasi Iman )
9. al Fadhil Ustaz Shairozi
10. Ustaz Imran bin Ibrahim (Mantan Imam Besar Labuan kini bertugas di Pulau Pinang Pegawai Jakim)
11. dan lain-lain lagi yang tidak mampu disebut tanpa mengurangkan darjat mereka.

Saturday, August 22, 2009

Aktiviti Rakan al Husna

Aktiviti rutin al Husna




Pengajian kitab-kitab turath Islami.
Pembacaan Maulid
Pembacaan Hizb, wirid dan ratib

Aktiviti jemputan

1. Bacaan Qasidah

2. Motivasi

3.Pameran Islam


Aktiviti besar

1. Ziarah Ulamak


2. Jemputan Ulamak ke Majlis Maulid





Aktiviti 2005

1.Lawatan ke Madrasah al Attas.

2.Lawatan ke Syeikh Mohd Fuad al Rembawi al Maliki.

3.Lawatan ke Syeikh Mustafa al Idrisi dari Sudan.
4.Lawatan Uludari Palembang Habib Syeikh.
5.Lawatan ke Syeikh Hisyam al Haqqanie al Qabbanie dari Amerika di Damansara.

6.Lawatan ke Syeikh Afifuddin bin Abdul Qadir al Jailanie dari Iraq.

7.Lawatan ke Majlis Maulidur Rasul dan Haul Syeikh Abdul Qadir al Jailanie di Pusat Islam Kuala Lumpur.

8.Lawatan ke Majlis Maulidur Rasul Habib Husein al Attas di Johor Bahru.
9.Lawatan ke rumah Habib Ali Al Attas di Johor Bahru.
10.Lawatan ke Habib Ali bin Jaafar al Iydrus di Batu Pahat.
11.Lawatan dan bacaan Qasidah di kediaman rasmi Pegawai Daerah Mersing.
12.Lawatan ke Syeikh Abdul Rasyid al Junaidie di Mersing.

13.Lawatan ke Syeikh Shahrol Fadhlie al Alawie di Johor Bahru.
14.Lawatan ke Maqam Syeikh Said al Linggi

15.Lawatan ke Syeikh Nor Hazlie al Qodirie di Kempas, Johor Bahru.
16.Lawatan ke Habib Zain al Habsyie, Wadi Hasan, Johor Bahru.

17.Lawatan ke Syeikh Habib Muhsin al Attas, Tuan Guru Pondik Babul Khairat, Lawang, Indonesia.
18.Lawatan Ulamak-ulamak Indonesia ( anak murid Syeikh Muhammad bin Alawie) dan majlis haul Syeikh Muhammad bin Alawie al Makki di pondok Taufiqiyyah, Rembau.N.Sembilan.
19.Dakwah ke kem motivasi SK Tenggaroh 7 di Tanjung Sedili.

20.Bacaan qasidah ke SK Tenggaroh 4.
21.Bacaan qasidah ke SMK Tenggaroh A.
22.Bacaan qasidah di Majlis perkahwinan dan majlis doa selamat serta tahlil di Tenggaroh 1,5, Timur 1,7, Mersing dan Johor Bahru.

23.Bacaan qasidah ke majlis Maulidur Rasul Tenggaroh 7.
24.Perkhemahan Dakwiah di Tanjung Leman.
25.Program jaring ikan di Tanjung Rhu.
26.Pameran Islam sempena Majlis Tilawah al Quran peringkat daerah Mersing.
27.Pameran Islam sempena Hari Q peringkat sekolah.


28.Gotong royong Surau al Husna.
29.Membantu-program-program kebesaran Islam peringkat sekolah.
30.Dakwah bil Hal di perkampungan orang asli, Tanah Abang, Mersing, Johor.
31.Jualan buku dan barangan sunnah di sekolah.
32.Jualan buku di sekolah berasrama penuh Integrasi Mersing sempena Isra’ dan Mikraj.
33.Kelas-kelas pengajian setiap malam di Surau al Husna.
34.Latihan-latihan Qasidah.
35.Zikr Maut
36.Ziarah Mahabbah
37.Seminar 100 tahun memperingati Syeikh Wan Ahmad bin Mohd Zain al Fathonie dan Haul Syeikh Wan Ahmad bin Mohd Zain al Fathonie di Wisma Persatuan Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur.
38.Lawatan ke Syeikh Wan Mohd Saghir bin Abdullah al Fathonie, Gombak, Selangor.
39.Lawatan ke Indonesia.
40.Dakwah ke kem Memperkasa al Quran di Suara’s chalet.
41.Lawatan ke Haqqani Foundations di Bandar Permaisuri, Kuala Lumpur.
42.Pameran dan jualan sempena Seminar Penjelasan Islam Hadhari di Mersing.
43.Sambutan Maulidur Rasul peringkat Rakan Husna.
Dan lain-lain lagi…

Aktiviti 2006

1.Pameran Islam sempena MTQ peringkat Daerah Mersing.
2.Bacaan Qasidah sempena MTQ Daerah Mersing.
3.Pameran Islam sempena Diskusi Buku GPI Mersing.
4.Bacaan Qasidah sempena Diskusi Buku GPI Mersing.
5.Bacaan Qasidah sempena J sunnah dan Maulidur Rasul peringkat daerah.
6.Pameran Islam sempena J-Sunnah dan Sambutan Maulidur Rasul peringkat daerah.
7. Lawatan ke Habib Omar al Iydrus.
8. Lawatan ke Pondok Jenderam.
9. Lawatan ke Zawiyah Kuala Lumpur al Haqqanie.
10.Lawatan ke Syeikh Hisyam al Qabbanie.
11. Lawatan ke Syeikh Adnan al Haqqanie.

13.Pameran Islam terbesar sempena Bintang Gemilang.
14.Program Motivasi di SMK Perling 2.
15.Lawatan ke Habib Hussein al Attas.
16.Lawatan ke Masjid al Bukharie di Bukit Bintang.
17. Ziarah Habib Muhsin al Attas.
18.Sambutan Maulidur Rasul peringkat Rakan al Husna.
19.Lawatan ke Habib Ali bin Jaafar al Iydrus.
20. Malam Seribu Rahmat sempena Nuzul Quran dan Badar Kubro.
21) Majlis pemberian zakat kepada anak yatim.
22)Majlis bacaan Ratib al Attas dan Asmaul Husna untuk pelajar PMR dan SPM.
23)Maulidur Rasul Syeikh Afifuddin di Masjid Wilayah Kuala Lumpur.
24)Majlis Syifa al Sudur di Masjid Khatijah, Taman Tun Aminah, Johor Bahru.
25) Lawatan ke Gus Arifin.
26) Lawatan ke Indonesia, Buduran.
27) Dakwah ke Bangkok, Thailand.
28) Lawatan ke rumah anak murid, Cikgu Arif di Kelantan.
29) Lawatan ke Pondok Pasir Tumboh.
30) Lawatan ke Pondok Haj Daud Bukit Abal dan bertemu dengan anak-anak beliau.

Dan banyak lagi…tidak terkira.

Aktiviti 2007

1.Bacaan qasidah di sekolah agama Tenggaroh 2.

2. Menghadiri Ijtimak Ulamak Pondok Senusantara, Pondok Jenderam.
3. Maulidur Rasul Syeikh Afifuddin di Masjid Wilayah
4. Lawatan ke Masjid Khatijah, Taman Tun Aminah ( Majlis Syifa al Sudur ).
5. Lawatan ke Syeikh Gus Arifin dan Habib Umar al Attas.
6. Maulid al Rasul peringkat Rakan al Husna.
7. Motivasi SMK Perling 2 di Tanjung Resang, Endau.
8. Kem Qiadah Rakan al Husna,peringkat Rakan al Husna.
9.Kem Qiadah al Husna,peringkat daerah.


10.Lawatan ke Zawiyah Qodiriyyah, Parit Perupok, Muar.
11. Lawatan ke Syeikh Afifuddin di Parit Perupok.
12. Lawatan ke Syeikh Muammar Zakiy.

Thursday, August 20, 2009

PERLEMBAGAAN PERSATUAN RAKAN AL HUSNA

1. NAMA DAN ALAMAT

a. Nama : Rakan al Husna

b. Alamat : SMK Tan Sri Abdul Kadir,LKTP Tenggaroh 05, 86810 Mersing, JOHOR.

2. MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menjiwai keilmuwan Islam dan berakhlak mulia.

3. OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat mendalami ilmu agama dan beramal.

3.2 Supaya ahli boleh terdidik menjadi seorang pendakwah yang mempunyai sahsiah tinggi.

4. KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada sesiapa sahaja.

4.2 Menjadi ahli dengan membaca baiah Rakan al Husna.

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

5. PENASIHAT

5.1 Penasihat adalah yang dilantik oleh Rakan al Husna.

5.2 Penasihat mempunyai kuasa untuk memberi pendapat ketika merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.3 Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik oleh Amirul Husna.

6.2 Ahli yang aktif, senior dan berilmu atau salah satu daripadanya adalah layak menyandang tugas ahli jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara pemilihan.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru AJK berkenaan tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Amirul Husna

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Amirul Husna
6.6.2 Setiausaha
6.6.3 Bendahari
6.6.4 Qiadah
6.6.5 Penerbitan
6.6.6 Dakwah
6.6.7 Perhubungan
6.6.8 Thaqofah
6.6.9 Penerangan
6.6.10 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Amirul Husna

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.

7.2 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.

7.3 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Muktamar.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.

7.4 ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan lajnah sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa


7.8 Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.


8. KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa Muktamar.
8.2 Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

9. KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.

10. AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam muktamar atau mesyuarat AJK.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Amirul Husna dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.

11. PERATURAN-PERATURAN

11.1 Hukum Syarak adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12. TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Amirul Husna persatuan/kelab secara bertulis dan keputusan Amirul Husna adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Penasihat secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh, Amirul dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan .

14. PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Amirul Husna diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Hukum Syarak.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Muktamar Tergempar.



15. HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

Penubuhan Rakan al Husna

Pada tahun 2003, Ustaz Shahrul Rizal telah mendaftarkan diri di SMK Tenggaroh B. Beliau telah mendengar banyak berita mengenai suasana dan biah setempat yang merunsingkan jiwanya. Maka beliau bertindak untuk berbuat sesuatu untuk menyelamatkan ummat Tenggaroh pada waktu itu. Selaku orang baru, tentu beliau banyak melihat dari terburu-buru bertindak. Beliau mula merancang sesuatu untuk memulakan tindakan. Oleh sebab itu, untuk menarik hati pelajar dan bergaul rapat dengan mereka, maka Ustaz Shahrul Rizal telah menyertai Pasukan Pengakap dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sekaligus menyerap unsur-unsur dakwah. Hal ini berlaku secara berterusan, tetapi Ustaz Shahrul Rizal melihat, usaha yang begitu, kurang menghasilkan impak yang boleh mengubah masyarakat khususnya para pelajar. Dalam waktu yang sama, setiap malam Ustaz Shahrul Rizal mengajar secara talaqqi musyafahah. Namun, pelajar Ustaz Shahrul Rizal cuma seorang sahaja iaitu Cikgu Arif. Istiqamah tersebut berubah apabila datang Mohd Fadil Fauzi yang kerap datang ke surau akhirnya turut dihadiri kawan-kawan beliau. Hasil daripada suasana itu, Ustaz Shahrul Rizal telah menyarankan agar dibuat satu kumpulan agar dapat membuat aktiviti sekaligus terlibat dengan aktiviti dakwah. Bersempena dengan nama surau al Husna maka tertubuhlah gerakan kumpulan Rakan al Husna pada tahun 2005. Makin hari makin bertambah pelajar yang terlibat dengan aktiviti Rakan al Husna. Majlis Zikir sentiasa berkumandang. Pengajian sentiasa dipenuhi oleh para pelajar. Maulid mula dibaca dan dihiburkan dengan bacaan qasidah dan akhirnya dapat diterima oleh masyarakat sehingga dijemput untuk bacaan Maulid dan qasidah untuk majlis-majlis perkahwinan mahupun majlis-majlis rasmi. Rakan Husna maju dengan terlibat dengan rasmi dengan usaha-usaha dakwah. Kejayaan utama Rakan al Husna ialah apabila dapat mengislamkan 63 orang asli. Kehadiran kami disana diraikan, pemergian kami ditangisi. Dan usaha Rakan Husna berkembang sampai sekarang dan telah diketahui umum hampir seluruh Malaysia dan dipromosikan diluar-luar Negara. Malah Rakan al Husna turut dijemput untuk mengadakan motivasi disekolah-sekolah. Pada tahun 2005, Rakan al Husna telah melaksanakan hampir 60 program dan tahun 2006, sebanyak 50 program, 2007 hampir 70 program dan tahun2008, masih 70 program, dapat dilaksanakan. Pada tahun ini, kami memohon keberkatan Saidina Rasul , agar Allah memberi kekuatan untuk berdakwah di atas jalan Allah. Amin. Selain itu, Rakan Husna mula mewarnai usaha dakwah dengan lebih mantap melalui perancangan yang teliti , iaitu usaha mewujudkan Yayasan al Husna. Maka, Rakan al Husna akan menjadi salah satu cabang biro yayasan. Dengan usaha pembinaan Yayasan ini, Rakan al Husna akan turut merancang pembinaan Madrasah Tahfiz al Quran, Tahfiz al Hadis, Pengajian Kitab Turath, Rumah anak Yatim, Rumah orang tua, Rumah mustada’fin, koperasi husna dan lain-lain lagi. Kini, Rakan Husna sudah diterima kewujudannya oleh masyarakat dengan aktiviti –aktiviti dakwah yang menari. Malah, terbukti keberkesanannya.