Monday, November 9, 2009

Hujung minggu yang membosankan…




Hari jumaat yang lalu, kami telah membaca qasidah di rumah En Salleh atas perkahwinan anak beliau Saudara Nur Muhammad. Untuk pengetahuan semua, Nur Muhammad atau mamat wok leh ialah salah seorang ahli Rakan al Husna. Sejak beliau berpindah ke pahang, menyebabkan beliau sudah tidak dikenali di kalangan ahli yang baru –baru ini. Jesteru itu, Rakan alHusna mengucapkan tahniah kepada Saudara Nur Muhammad, moga bahagia ke anak cucu, ditambahkan rezki, diluaskan rezki dan dimudahkan segala masalah. Seramai hampir 40 orang terlibat dalam majlis pembacaan qasidah tersebut.

Hari Sabtu pula, Rakan al Husna terlibat dengan pembacaan qasidah di rumah en Jantan atau rumah mangga. Hazahi atau mangga ialah salah seorang yang ada juga terlibat dengan aktiviti Rakan al Husna. Seramai hampir 30 orang terlibat dalam pembacaan Qasidah. Majlis bermula pada pukul 10.30 malam. Kelewatan adalah kerana kami berada di rumah along untuk Majlis Maulid sempena kelahiran Shahrul Ifwat atau kelahiran anak kedua along. Majlis bermula dengan pembacaan maulid, qasidah dan tazkirah pendek oleh Ustaz Shahrul Rizal bin Mohd sati. Itulah program Rakan Husna untuk minggu ini.

( cuba teka apa yang si salam ni buat...buang uhuks uhuks ke ? )
Sementara itu,Hari Ahad adalah hari yang membosankan. Walau pun sudah merancang awal program memancing dan berkhemah, tetapi masing-masing yang keletihan melambatkan proses pengendalian program tersebut. Kami mula bertolak untuk program tersebut, pada pukul 4.30 petang. Kami hanya berkelah di camel sahaja. Tentatif Cuma memancing, berkelah dan berjalan memikirkan keindahan alam. Kami sempat bergambar di atas dalah satu puncak bukit diwaktu senja dengan menginsafi kebesaran Allah.



Cuma itu sahaja program rakan al Husna bagi memenuhi aktiviti hujung minggu yang membosankan.

Program dua minggu berqasidah diluar Tenggaroh.

Minggu Pertama
Minggu pertama cuti penggal pertengahan tahun, baru-baru ini. Kami dapat jemputan untuk berqasidah di Sungai Mati Muar. Kami bertolak pada hari sabtu. Tenggahari. Kami ikut jalan kluang dan terus ke highway . keluar di susur keluar pagoh Muar. Kami sampai di tempat tersebut lebih kurang pukul 5 petang. Berehat dan bersantai kerana kami akan berqasidah lepas maghrib.
Selepas maghrib, kami mulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat. Disambung semula selepas isyak, barulah kami membaca qasidah. Ramai jugak yang teruja dengan qasidah yang kami alunkan. Selepas berqasidah, kami telah menjengah bandar maharani. Bersiar-siar diwaktu malam di sepanjang sungai Muar. Lebih kurang pukul 12 tengah malam, barulah kami kembali untuk berehat


Pagi, kami hanya bersantai. Dan sekitar pukul 11, selepas makan tengahhari di majlis barulah kami beredar. Sebenarnya, kami telah dijemput sekali lagi untuk membaca qasidah diwaktu puncak pada majlis siang itu, tapi kami terpaksa beredar untuk program kami yang seterusnya iaitu ke Melaka.



Di Melaka, kami telah pergi ke taman Rama-Rama. Setelah itu ke Bandar Hilir dan berjalan-jalan sahaja. Petang barulah kami kembali ke Tenggaroh


Qasidah di senawang

Kami bertolak dari Tenggaroh sekitar pukul 9 pagi. Kami mengikut jalan Muazzam Shah. Kami hanya berhenti untuk makan tenggah hari sekitar pukul 1 petang di Air Terjun Ulu Bendul. Kami masak sendiri untuk menjimatkan perbelanjaan. Menu yang disediakan oleh bedul dan caca ialah ayam masak merah, sotong goreng dan ayam goreng. Manakala kuah kari dan minuman dibeli digerai yang menjual makanan dan minuman. Kami makan dengan berselera sekali.


Dalam perjalanan itu juga, kami sempat menziarahi makam Tuan Tulis. Seorang wali Allah yang terkenal dibumi negeri sembilan. Kami sempat berdoa, menyedekahkan fatihah, tahlil dan berselawat. Moga ruh beliau dicucuri rahmat. Kemudian kami sempat juga menziarahi maqam Syeikh Muhammad Said al Linggi. Kami membaca fatihah, berselawat, bertahlil dan berdoa, agar moga ruh syeikh dalam keadaan sejahtera. Kemudian barulah kami bertolak ke Senawang.

Di Senawang, kami berqasidah selepas bertahlil dan bacaan Yasin. Majlis itu telah diketuai oleh Ustaz Shahrul Rizal. Selepas solat isyak, barulah kami berqasidah. Ramai juga yang teruja dengan persembahan kami. Persembahan qasidah itu adalah bersempena dengan majlis pertunangan adik Ustaz Shahrul Rizal bin Mohd Sati.

Usai sahaja, van dan penumpang kereta bedol kembali ke Tenggaroh, kerana mereka berkerja. Manakala, kereta Ustaz Shahrul, hanya duduk di senawang sementara menunggu hari persembahan pada hari sabtu ini.


Qasidah di Paroi.

Rakan al Husna telah dijemput untuk berqasidah di Taman Paroi jaya sempena Majlis Perkahwinan En Baharuddin. Persembahan sebanyak dua kali, iaitu selepas asar, apabila selesai sahaja akad nikah dan besoknya diwaktu puncak majlis. Sebuah van dari Tenggaroh sampai, lebih kurang pukul 4 petang. Dan kami memulakan persembahan petang itu lebih kurang 5.30 petang sehingga pukul 6 petang.

Esoknya pula kami berada di sana pada pukul 12.30 tengah hari. Tiba-tiba kami terpaksa menjadi pemuzik iringin bagi pengantin kerana pemain kompang terlewat hadir di majlis itu. Selepas itu, kami telah mendendangkan beberapa lagu qasidah yang menyebabkan para tetamu teruja mendengarnya. Selepas makan, masih ada permintaan untuk kami mempersembahkan qasidah di luar pula. Tapi, kami hanya menanyikan sebuah lagu demi untuk menjaga hati tuan rumah.

Kemudian kami , telah bergerak ke Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan dan kemudian kami terus pulang ke Tenggaroh. Itulah sekadar perjalanan dakwah kami dalam memperjuangkan selawat terhadap Saidina Rasulullah.

Khemah Ibadah kaum ibu tahun 2009

Sekali lagi Rakan al Husna telah dipanggil untuk melaksanakan khemah ibadah di Surau Taman Senawang Jaya. Namun, inilah julung-julung kalinya diadakan khemah ibadah untuk kaum ibu. Sudah tiga tahun khemah ibadah anjuran surau taman senawang jaya yang telah disempurnakan oleh Rakan Husna hanya untuk remaja. Tetapi kali ini cukup berlainan kerana ianya hanya untuk kaum ibu.
Tema kali ini ialah keberadaan atau merasai kehadiran Allah dalam setiap amal khususnya ibadah solat yang dipanggil khusyuk. Oleh itu, tumpuan utama untuk khemah ini ialah ibadah sepenuhnya. Jika ada percampuran dengan bentuk bentuk keduniaan, maka ia akan merosakkan keberadaan bersama Allah.
Hari Pertama.
Kami bertolak awal. Lebih kurang pukul 10 pagi kami bertolak ke seremban. Untuk kali ini, kami mengikut jalan kluang kerana kami akan singgah sebentar di bandar melaka untuk membeli beberapa barangan perkusi. Sampai di r&r Machap kami berhenti untuk makan tengahhari. Makan tengahhari disediakan oleh bedol dan caca. Seperti biasa lauk yang disediakan ialah daging kambing masak merah dan ayam goreng. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami.
Sampai di Melaka, kami terus menuju ke Dataran Pahlawan. Kami beli Jembe besar dan kecil. Tamborin dan alat perkusi yang lain. Jalan-jalan sikit dan kemudian kami meneruskan perjalanan. Apa yang menyusahkan kami di Melaka ialah parking kerata, kerana terlalu banyak kereta dan bas.Kami pun parking kat mana-mana tah.
Kami sampai awal. Oleh kerana itu kami pergi menziarahi maqam Syeikh Muhammad Said al Linggi. Seperti biasa kami bertahlil, membaca ayat suci al Quran dan berdoa untuk roh tuan guru kami. Kemudian kami ke Muzium negeri, Negeri Sembilan kerana masih ada ahli Rakan Husna yang belum sampai di sana. Kemudian kami kembali ke Surau Taman Senawang Jaya.
Kami sampai asar. Pendaftaran sudah bermula. Seramai 30 orang mendaftar menyertai program perkhemahan ibadah kaum ibu tahun 2009. Selesai mendaftar, sesi taklimat disampaikan oleh Ustaz Shahrul Rizal. Ustaz Shahrul Rizal menyampaikan peraturan yang perlu diikuti sepanjang perkhemahan. Kemudian Ustaz menerangkan tentatif program. Bacaan Hizb al Bahar diketuai oleh Ustaz Shahrul Rizal dan beliau berkenan mengijazahkan sanad hizib bahar untuk diamalkan. Kemudian para peserta makan malam.
Selepas solat maghrib berjemaah, program diteruskan dengan ceramah al Fadhil ustaz Shahran yang membahaskan tafsir al Quran. Selepas itu. Kuliah sampai isyak dan diikuti dengan solat isyak berjemaah. Selepas itu, program diteruskan dengan slot 1. Dalam slot 1 peserta diajar mulid Dhiya’ul lami’. Maulid itu telah dikarang oleh Habib Umar bin Hafiz al Iydrus. Seorang ulamak Yaman. Sebelum pengajian bacaan ratib al Haddad dan al Saqqaf dibaca. Tahlil sebanyak 1500 kali juga ditahlilkan. Slot 1 habis sekitar pukul 11 malam. Minum malam disediakan.


Hari Kedua
Hari kedua, kami bangun awal untuk qiyamulail sampai ke subuh. Selepas solat subuh berjemaah kami menghadiri kuliah subuh pula yang disampaikan oleh al Fadhil ustaz Abdul Rahman. Kuliah subuh itu ialah kuliah tasauf. Ustaz Abdul Rahman mengajar kitab siyarus salikin.
Program diteruskan dengan senaman pagi ( poco-poco ). Senaman pagi diuruskan sendiri oleh mak cik-makcik tu. Sebab agak keterlaluan untuk kami menguruskan program tersebut. Program tersebut diadakan di Balai Raya Taman Senawang jaya. Kemudian para peserta khidmat diri dan bersarapan.
Para peserta berkumpul di surau lebih kurang pukul 8 pagi. Sebelum slot 2 diteruskan, para peserta dikehendaki membaca Ratib al Attas dan zikir tahlil sebanyak 1000 kali. Dalam slot kedua, ceramah di sampaikan oleh Ustaz Shahrul Rizal yang bertajuk Khusyuk. Slot kedua berakhir pada pukul 10 pagi. Kemudian para peserta berkudapan.
Untuk makluman, segala makanan dan persiapannya disediakan oleh jemaah lelaki. Maka para peserta tidak dibebani dengan tanggung jawab untuk menyediakan makanan. Selesai berkudapan, para peserta masuk kembali ke dalam surau dan meneruskan slot yang ketiga. Slot ke 3 masih disampaikan oleh Ustaz Shahrul Rizal dengan tajuk : Kaifiat berzikir. Ustaz telah menceritakan bagaimana kaitan antara zikir dan rahsia khusyuk. Bermula pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari.
Kemudian para peserta makan tengahhari dan khidmat diri untuk solat zuhur secara berjemaah. Solat zuhur pula dilaksanakan secara berjemaah dan selepas itu membaca hizib imam al Nawawi. Para peserta berkumpul kembali di surau pada pukul 2.30 petang. Slot yang ke empat ialah bengkel Marhaban. Para peserta diperkenalkan denganlagu-lagu marhaban yang evergreen dan yang hot. Agak menarik kerana para peserta didedahkan dengan pelbagai lagu yang belum peserta tahu.Tetapi peserta telah menunjukkan sifat yang positif kerana telah berjaya mengingati lagu yang diajar dengan baik sekali.
Slot yang ke-4 usai untuk solat asar, lebih kurang pada pukul 5.30 petang. Selepas solat asar secara berjemaah, para peserta membaca hizb al Bahar. Kemudian diikuti dengan program senaman sekali lagi. Habis sahaja senaman, para peserta bersiap sedia dan khidmat diri untuk solat maghbrib pula.
Solat maghrib didirikan dengan berjemaah dan selepas itu diadakan majlis tahlil. Diikuti pula dengan solat isyak berjemaah. Sebelum memulakan slot yang lain para peserta memulakannya dengan bacaan Ratib al haddad dan al Saqqaf. Tidak lupa juga dengan 1000 kali tahlil. Barulah slot yang kelima bermula. Slot yang ke-5 disampaikan oleh Ustaz Shahrul Rizal dengan dua tajuk, iaitu solat-solat sunat dan mengingati mati.
Program mengingati mati, adalah tidak menarik tidak dibuat dengan praktikalnya. Maka , Rakan al Husna telah membuat praktikal persediaan mengingati mati dengan peserta ditutup dengan kain batik lepas. Dipasangkan talqin dan dibacakan surah yasin untuk mewujudkan suasana kematian. Ia agak memberansangkan dan menaikkan motivasi para peserta untuk lebih insaf dan bertaubat. Selepas itu minum malam dan tidur.
Hari ketiga.
Pagi masih lagi dengan qiyamulail sampai ke subuh. Solat subuh berjemaah dan membaca ratib al attas. Tidak dilupakan ialah bacaan tahlil sebanyak seribu kali. Selepas itu para peserta berehat dan khidmat diri. Program Jalan-jalan dan fikir adalah program seterusnya. Program ini ialah gabungan beberapa program yang tersedia untuk para peserta. Antara matlamat slot jalan-jalan fikir ialah memberi ruang untuk para peserta berjalan kaki untuk memperkukuhkan kesihatan. Berjalan di waktu pagi boleh mengeluarkan peluh disamping ia adalah cukup segar bersama kesegaran pagi. Tetapi perjalanan tersebut tidak mengambil jarak yang jauh, hanya berjalan keliling kawasan tapak permainan kanak-kanak sahaja. Pusingan pertama hanya berjalan kosong sambil memerhatikan keindahan, dan pusingan kedua barulah setiap check point mengambil tempat masing-masing.
Setiap check point, para peserta dikehendaki untuk melaksana aktiviti yang terdapat dalam setiap check point. Antara ujiannya ialah jigsaw puzzle, fesyen dari surat khabar, lukisan dan gubahan hantaran. Kesemua ujian yang dilaksanakan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Slot ini tamat sekitar pukul 9.30 pagi. Selepas itu proses penilaian diteruskan supaya kesan matlamat itu lebih hampir. Kemudian para peserta minum pagi dan khidmat diri.
Sekitar pukul 10.30 pagi, para peserta kembali berkumpul disurau untuk latihan penutup untuk majlis penutup itu nanti. Kemudian para peserta membuat persiapan dan kudapan. Majlis penutup bermula pada pukul 11 pagi. Majlis telah dirasmi tutup oleh pegawai agama bahagian perkahwinan dan kaunseling. Bermula dengan bacaan maulid Dhiya ul Lami’ oleh para peserta, kemudian ucapan penyutu oleh pegawai agama, Majlis agama islam Negeri Sembilan. Kemudian penyampaian sijil kepada peserta. Kemudian solat zuhur berjemaah dan makan tengah hari. Majlis pun bersurai. Begitulah serba sedikit maklumat sekitar perjalanan program perkhemahan ibadah kaum ibu.
Kemudian, kami pergi ke pedas untuk bermandi manda di kolam air panas di pedas. Selesai mandi manda kami pun pulang ke tenggaroh. Begitulah perjalanan Rakan al Husna untuk melaksana program khemah ibadah kaum ibu. Selain perkhemahan tersebut, program tersebut telah menjemput remaja untuk membuat latihan perkusi untuk qasidah. Keputusannya amat memberansangkan. Remaja senawang dengan cepat dan mudah memainkan perkusi qasidah. Tahniah buat semua. Jumpa lagi tahun hadapan untuk program khemah ibadah kaum ibu.

Wednesday, November 4, 2009

Kunjungan Habib Ali al Bahar tahun 2007



Bersempena dengan kunjungan Sayyid Ali Hasan al Bahar pada tahun 2009 ini, maka kami dengan berbesar hati memaparkan kembali kunjungan Sayyid Ali di Malaysia, pada tahun 2007. Kehadiran Sayyid ke Malaysia adalah kerana mengiringi perwakilan dari Universiti Syarif Hidayatullah, Malang untuk perdebatan Bahasa Arab peringkat Asia di USIM.

Maka, kami mengambil kesempatan untuk bersama-sama meraih keberkatan dengan kunjungan beliau, walaupun kami hanya sempat untuk beberapa ketika sahaja. Sebenarnya, Rakan al Hunsa ada cuba untuk menjemput Habib ke Johor, malangnya masa Habib begitu padat. Majlis hanya diadakan di ILIM sahaja.

Bermula dengan menjemput Habib di Hotel, Sepang dan membawanya ke ILIm. Disana, kami mulakan dengan bacaan Maulid al Daibaie. Majlis diserikan dengan tausiyah dari Habib Ali sendiri, Ustaz Zamihan al Gharie, Ustaz Shahrol Fadli dan Ustaz Zakuan. Majlis diselang selikan dengan bacaan qasidah.

Jamuan hanya di restoran berhadapan dengan MPI, Bangi. Kami beruntung kerana pada malam itu, kehadiran Syaikh Tengku Fauzi, turut memeriahkan suasana. Usai sahaja benikmati juadah, kami membawa Sayyidi Habib Ali berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Habib sendiri keletihan pada malam itu. Kami terus menghantar Habib ke hotel kerana besok Habib masih mempunyai acaranya sendiri. Namun, kami telah pergi ke USIM dan sempat bersama Habib. Syukran Jazilan Ya Habib. Harapan kami, tahun ini kami dapat membuat majlis dengan lebih baik.