Wednesday, September 1, 2010

MAJLIS DI RUMAH WAK DOL....



Pada hari selasa, 24 ogos 2010 bersamaan 15 Ramadhan yang lalu. Kami semua ahli Rkan Husna telah dijemput ke rumah Wak Dol untuk mengadakan majlis tadarus serta solat tarawih sekali di rumahnya. Pada hari itu kami semua telah berbuka sekali di rumahnya. Untuk mengelak dari majlis lambat tamat, kami mulakan majlis sedikit awal sebulum masuk waktu magrib dengan bacaan Dala'il al-Khayrat yang diketuai oleh Tuan Guru kami Syeikh Shahrul Rizal dan membaca zikir sementara menanti waktu Magrib tiba.





Inilah dala'il Al-Hyrat yang kami baca.....

Tepat pada pukul 7.15 malam kami semua berbuka dengan makanan ringan seperti kuih-muih dan air sahaja. Tuan Guru kami kata bila berbuka puasa jangan terusberbuka dengan memakan makanan yang sukar dihadam kerana ia boleh memudaratkan kesihatan.kami pun menunaikan solat Magrib berjemaah bersama. setelah selesai solat Magrib, kami di jemput oleh Wak Dol untuk menjamu selera dengan mee sup dan juga nasi. terdapat juga makanan yang agak digemari Tuan Guru kami iaitu cempedak yang digoreng.





Inilah makanan yang telah dihidangkan oleh Wak Dol.

Selepas selesai makan, kami semua pun memulakan tadarus dengan tiga orang satu juzuk. Setelah agak lama mebaca, kami diarahkan berhenti oleh Tuan Guru kami untuk menunaikan solat fardhu Isyak dan juga solat sunat Terawih.

Setelah selesai solat Isyak dan Terawih, kami menyambung semula tada rus kami yang terbehenti seketika tadi.Lebih kurang pada pukul 9.20 malam kami semua telah selesai tadarus dan kini tinggallah masa unutuk Tuan Guru kami memberikan tazkirah dan hukum tjwid kepada kami.



Ketika inilah Tuan Guru kami menyampaikan tazkirahnya. Moga apa yang diperkatakannya dapat menjadi iktibar dan diambil pedoman pada kami semua. Insyaallah... Dan pada 1/9/2010 kami akan kerumah Wak Dol sekali lagi Insyaallah...

Wednesday, August 18, 2010

AKTIVITI RAKAN HUSNA SEPANJANG BULAN RAMADHAN

Pada sepanjang bulan ramadhan ini...
Kami semua akan berkumpul di rumah tuan guru kami untuk tadarus Al-Quran....
Aktiviti kami bermula pada waktu petang & malam...
Selepas sembahyang terawih, kami akan terus pergi ke rumah ustaz Shahrul Rizal untuk bertadarus beramai-ramai di sana…

Selpas selesai bertadarus, ustaz akan menerangkan sedikit tentang kesalahan tajwit dan ustaz juga akan mentafsir potongan ayat Al-Quran untuk pedoman kami semua…
Hanya semalam kami berubah tempat dirumah Cik Dol...
Cik Dol sememangnya amat suka akan kedatangan kami....
Walaupun beliau hanya diberitahu pada pukul 6.00 petang, tetapi beliau sempat untuk membeli juadah....


Beginilah keadaan kami ketika bertadarus....
Sungguh tekun melafazkan kata-kata ALLAH S.W.T. yang sangat hebat ini....
Berkata Nabi kita Muhammad S.A.W...
Barang siapa yang tdak bertambah amalnya pada bulan ramadhan..
Maka, sesungguhnya mereka itu telah menempah tempat di dalam api neraka ALLAH S.W.T...
Begitu hebatnya bulan ramdhan ini...
Bersyukurlah kita jika kita sempat sampai di dalam bulan yang mulia ini...
Alhamdulilah...Terima Kasih ALLAH kerana memberi kami peluang ini....

Tuesday, August 10, 2010

Kekuasaan ALLAH S.W.T.


Lihat lh titik yang ad pd gambar ini dlm masa 10 saat dgn teliti dan cbe anda lihat pula ke dinding kosong.....
Ap yg akan anda dapat lihat semememang nya lambang kekuasaan ALLAH S.W.T..
Cuba anda renung2 kan....

Monday, November 9, 2009

Hujung minggu yang membosankan…




Hari jumaat yang lalu, kami telah membaca qasidah di rumah En Salleh atas perkahwinan anak beliau Saudara Nur Muhammad. Untuk pengetahuan semua, Nur Muhammad atau mamat wok leh ialah salah seorang ahli Rakan al Husna. Sejak beliau berpindah ke pahang, menyebabkan beliau sudah tidak dikenali di kalangan ahli yang baru –baru ini. Jesteru itu, Rakan alHusna mengucapkan tahniah kepada Saudara Nur Muhammad, moga bahagia ke anak cucu, ditambahkan rezki, diluaskan rezki dan dimudahkan segala masalah. Seramai hampir 40 orang terlibat dalam majlis pembacaan qasidah tersebut.

Hari Sabtu pula, Rakan al Husna terlibat dengan pembacaan qasidah di rumah en Jantan atau rumah mangga. Hazahi atau mangga ialah salah seorang yang ada juga terlibat dengan aktiviti Rakan al Husna. Seramai hampir 30 orang terlibat dalam pembacaan Qasidah. Majlis bermula pada pukul 10.30 malam. Kelewatan adalah kerana kami berada di rumah along untuk Majlis Maulid sempena kelahiran Shahrul Ifwat atau kelahiran anak kedua along. Majlis bermula dengan pembacaan maulid, qasidah dan tazkirah pendek oleh Ustaz Shahrul Rizal bin Mohd sati. Itulah program Rakan Husna untuk minggu ini.

( cuba teka apa yang si salam ni buat...buang uhuks uhuks ke ? )
Sementara itu,Hari Ahad adalah hari yang membosankan. Walau pun sudah merancang awal program memancing dan berkhemah, tetapi masing-masing yang keletihan melambatkan proses pengendalian program tersebut. Kami mula bertolak untuk program tersebut, pada pukul 4.30 petang. Kami hanya berkelah di camel sahaja. Tentatif Cuma memancing, berkelah dan berjalan memikirkan keindahan alam. Kami sempat bergambar di atas dalah satu puncak bukit diwaktu senja dengan menginsafi kebesaran Allah.



Cuma itu sahaja program rakan al Husna bagi memenuhi aktiviti hujung minggu yang membosankan.

Program dua minggu berqasidah diluar Tenggaroh.

Minggu Pertama
Minggu pertama cuti penggal pertengahan tahun, baru-baru ini. Kami dapat jemputan untuk berqasidah di Sungai Mati Muar. Kami bertolak pada hari sabtu. Tenggahari. Kami ikut jalan kluang dan terus ke highway . keluar di susur keluar pagoh Muar. Kami sampai di tempat tersebut lebih kurang pukul 5 petang. Berehat dan bersantai kerana kami akan berqasidah lepas maghrib.
Selepas maghrib, kami mulakan dengan bacaan Yasin dan doa selamat. Disambung semula selepas isyak, barulah kami membaca qasidah. Ramai jugak yang teruja dengan qasidah yang kami alunkan. Selepas berqasidah, kami telah menjengah bandar maharani. Bersiar-siar diwaktu malam di sepanjang sungai Muar. Lebih kurang pukul 12 tengah malam, barulah kami kembali untuk berehat


Pagi, kami hanya bersantai. Dan sekitar pukul 11, selepas makan tengahhari di majlis barulah kami beredar. Sebenarnya, kami telah dijemput sekali lagi untuk membaca qasidah diwaktu puncak pada majlis siang itu, tapi kami terpaksa beredar untuk program kami yang seterusnya iaitu ke Melaka.



Di Melaka, kami telah pergi ke taman Rama-Rama. Setelah itu ke Bandar Hilir dan berjalan-jalan sahaja. Petang barulah kami kembali ke Tenggaroh


Qasidah di senawang

Kami bertolak dari Tenggaroh sekitar pukul 9 pagi. Kami mengikut jalan Muazzam Shah. Kami hanya berhenti untuk makan tenggah hari sekitar pukul 1 petang di Air Terjun Ulu Bendul. Kami masak sendiri untuk menjimatkan perbelanjaan. Menu yang disediakan oleh bedul dan caca ialah ayam masak merah, sotong goreng dan ayam goreng. Manakala kuah kari dan minuman dibeli digerai yang menjual makanan dan minuman. Kami makan dengan berselera sekali.


Dalam perjalanan itu juga, kami sempat menziarahi makam Tuan Tulis. Seorang wali Allah yang terkenal dibumi negeri sembilan. Kami sempat berdoa, menyedekahkan fatihah, tahlil dan berselawat. Moga ruh beliau dicucuri rahmat. Kemudian kami sempat juga menziarahi maqam Syeikh Muhammad Said al Linggi. Kami membaca fatihah, berselawat, bertahlil dan berdoa, agar moga ruh syeikh dalam keadaan sejahtera. Kemudian barulah kami bertolak ke Senawang.

Di Senawang, kami berqasidah selepas bertahlil dan bacaan Yasin. Majlis itu telah diketuai oleh Ustaz Shahrul Rizal. Selepas solat isyak, barulah kami berqasidah. Ramai juga yang teruja dengan persembahan kami. Persembahan qasidah itu adalah bersempena dengan majlis pertunangan adik Ustaz Shahrul Rizal bin Mohd Sati.

Usai sahaja, van dan penumpang kereta bedol kembali ke Tenggaroh, kerana mereka berkerja. Manakala, kereta Ustaz Shahrul, hanya duduk di senawang sementara menunggu hari persembahan pada hari sabtu ini.


Qasidah di Paroi.

Rakan al Husna telah dijemput untuk berqasidah di Taman Paroi jaya sempena Majlis Perkahwinan En Baharuddin. Persembahan sebanyak dua kali, iaitu selepas asar, apabila selesai sahaja akad nikah dan besoknya diwaktu puncak majlis. Sebuah van dari Tenggaroh sampai, lebih kurang pukul 4 petang. Dan kami memulakan persembahan petang itu lebih kurang 5.30 petang sehingga pukul 6 petang.

Esoknya pula kami berada di sana pada pukul 12.30 tengah hari. Tiba-tiba kami terpaksa menjadi pemuzik iringin bagi pengantin kerana pemain kompang terlewat hadir di majlis itu. Selepas itu, kami telah mendendangkan beberapa lagu qasidah yang menyebabkan para tetamu teruja mendengarnya. Selepas makan, masih ada permintaan untuk kami mempersembahkan qasidah di luar pula. Tapi, kami hanya menanyikan sebuah lagu demi untuk menjaga hati tuan rumah.

Kemudian kami , telah bergerak ke Kuala Lumpur untuk berjalan-jalan dan kemudian kami terus pulang ke Tenggaroh. Itulah sekadar perjalanan dakwah kami dalam memperjuangkan selawat terhadap Saidina Rasulullah.

Khemah Ibadah kaum ibu tahun 2009

Sekali lagi Rakan al Husna telah dipanggil untuk melaksanakan khemah ibadah di Surau Taman Senawang Jaya. Namun, inilah julung-julung kalinya diadakan khemah ibadah untuk kaum ibu. Sudah tiga tahun khemah ibadah anjuran surau taman senawang jaya yang telah disempurnakan oleh Rakan Husna hanya untuk remaja. Tetapi kali ini cukup berlainan kerana ianya hanya untuk kaum ibu.
Tema kali ini ialah keberadaan atau merasai kehadiran Allah dalam setiap amal khususnya ibadah solat yang dipanggil khusyuk. Oleh itu, tumpuan utama untuk khemah ini ialah ibadah sepenuhnya. Jika ada percampuran dengan bentuk bentuk keduniaan, maka ia akan merosakkan keberadaan bersama Allah.
Hari Pertama.
Kami bertolak awal. Lebih kurang pukul 10 pagi kami bertolak ke seremban. Untuk kali ini, kami mengikut jalan kluang kerana kami akan singgah sebentar di bandar melaka untuk membeli beberapa barangan perkusi. Sampai di r&r Machap kami berhenti untuk makan tengahhari. Makan tengahhari disediakan oleh bedol dan caca. Seperti biasa lauk yang disediakan ialah daging kambing masak merah dan ayam goreng. Kemudian kami meneruskan perjalanan kami.
Sampai di Melaka, kami terus menuju ke Dataran Pahlawan. Kami beli Jembe besar dan kecil. Tamborin dan alat perkusi yang lain. Jalan-jalan sikit dan kemudian kami meneruskan perjalanan. Apa yang menyusahkan kami di Melaka ialah parking kerata, kerana terlalu banyak kereta dan bas.Kami pun parking kat mana-mana tah.
Kami sampai awal. Oleh kerana itu kami pergi menziarahi maqam Syeikh Muhammad Said al Linggi. Seperti biasa kami bertahlil, membaca ayat suci al Quran dan berdoa untuk roh tuan guru kami. Kemudian kami ke Muzium negeri, Negeri Sembilan kerana masih ada ahli Rakan Husna yang belum sampai di sana. Kemudian kami kembali ke Surau Taman Senawang Jaya.
Kami sampai asar. Pendaftaran sudah bermula. Seramai 30 orang mendaftar menyertai program perkhemahan ibadah kaum ibu tahun 2009. Selesai mendaftar, sesi taklimat disampaikan oleh Ustaz Shahrul Rizal. Ustaz Shahrul Rizal menyampaikan peraturan yang perlu diikuti sepanjang perkhemahan. Kemudian Ustaz menerangkan tentatif program. Bacaan Hizb al Bahar diketuai oleh Ustaz Shahrul Rizal dan beliau berkenan mengijazahkan sanad hizib bahar untuk diamalkan. Kemudian para peserta makan malam.
Selepas solat maghrib berjemaah, program diteruskan dengan ceramah al Fadhil ustaz Shahran yang membahaskan tafsir al Quran. Selepas itu. Kuliah sampai isyak dan diikuti dengan solat isyak berjemaah. Selepas itu, program diteruskan dengan slot 1. Dalam slot 1 peserta diajar mulid Dhiya’ul lami’. Maulid itu telah dikarang oleh Habib Umar bin Hafiz al Iydrus. Seorang ulamak Yaman. Sebelum pengajian bacaan ratib al Haddad dan al Saqqaf dibaca. Tahlil sebanyak 1500 kali juga ditahlilkan. Slot 1 habis sekitar pukul 11 malam. Minum malam disediakan.


Hari Kedua
Hari kedua, kami bangun awal untuk qiyamulail sampai ke subuh. Selepas solat subuh berjemaah kami menghadiri kuliah subuh pula yang disampaikan oleh al Fadhil ustaz Abdul Rahman. Kuliah subuh itu ialah kuliah tasauf. Ustaz Abdul Rahman mengajar kitab siyarus salikin.
Program diteruskan dengan senaman pagi ( poco-poco ). Senaman pagi diuruskan sendiri oleh mak cik-makcik tu. Sebab agak keterlaluan untuk kami menguruskan program tersebut. Program tersebut diadakan di Balai Raya Taman Senawang jaya. Kemudian para peserta khidmat diri dan bersarapan.
Para peserta berkumpul di surau lebih kurang pukul 8 pagi. Sebelum slot 2 diteruskan, para peserta dikehendaki membaca Ratib al Attas dan zikir tahlil sebanyak 1000 kali. Dalam slot kedua, ceramah di sampaikan oleh Ustaz Shahrul Rizal yang bertajuk Khusyuk. Slot kedua berakhir pada pukul 10 pagi. Kemudian para peserta berkudapan.
Untuk makluman, segala makanan dan persiapannya disediakan oleh jemaah lelaki. Maka para peserta tidak dibebani dengan tanggung jawab untuk menyediakan makanan. Selesai berkudapan, para peserta masuk kembali ke dalam surau dan meneruskan slot yang ketiga. Slot ke 3 masih disampaikan oleh Ustaz Shahrul Rizal dengan tajuk : Kaifiat berzikir. Ustaz telah menceritakan bagaimana kaitan antara zikir dan rahsia khusyuk. Bermula pada pukul 10.30 pagi hingga pukul 12.30 tengah hari.
Kemudian para peserta makan tengahhari dan khidmat diri untuk solat zuhur secara berjemaah. Solat zuhur pula dilaksanakan secara berjemaah dan selepas itu membaca hizib imam al Nawawi. Para peserta berkumpul kembali di surau pada pukul 2.30 petang. Slot yang ke empat ialah bengkel Marhaban. Para peserta diperkenalkan denganlagu-lagu marhaban yang evergreen dan yang hot. Agak menarik kerana para peserta didedahkan dengan pelbagai lagu yang belum peserta tahu.Tetapi peserta telah menunjukkan sifat yang positif kerana telah berjaya mengingati lagu yang diajar dengan baik sekali.
Slot yang ke-4 usai untuk solat asar, lebih kurang pada pukul 5.30 petang. Selepas solat asar secara berjemaah, para peserta membaca hizb al Bahar. Kemudian diikuti dengan program senaman sekali lagi. Habis sahaja senaman, para peserta bersiap sedia dan khidmat diri untuk solat maghbrib pula.
Solat maghrib didirikan dengan berjemaah dan selepas itu diadakan majlis tahlil. Diikuti pula dengan solat isyak berjemaah. Sebelum memulakan slot yang lain para peserta memulakannya dengan bacaan Ratib al haddad dan al Saqqaf. Tidak lupa juga dengan 1000 kali tahlil. Barulah slot yang kelima bermula. Slot yang ke-5 disampaikan oleh Ustaz Shahrul Rizal dengan dua tajuk, iaitu solat-solat sunat dan mengingati mati.
Program mengingati mati, adalah tidak menarik tidak dibuat dengan praktikalnya. Maka , Rakan al Husna telah membuat praktikal persediaan mengingati mati dengan peserta ditutup dengan kain batik lepas. Dipasangkan talqin dan dibacakan surah yasin untuk mewujudkan suasana kematian. Ia agak memberansangkan dan menaikkan motivasi para peserta untuk lebih insaf dan bertaubat. Selepas itu minum malam dan tidur.
Hari ketiga.
Pagi masih lagi dengan qiyamulail sampai ke subuh. Solat subuh berjemaah dan membaca ratib al attas. Tidak dilupakan ialah bacaan tahlil sebanyak seribu kali. Selepas itu para peserta berehat dan khidmat diri. Program Jalan-jalan dan fikir adalah program seterusnya. Program ini ialah gabungan beberapa program yang tersedia untuk para peserta. Antara matlamat slot jalan-jalan fikir ialah memberi ruang untuk para peserta berjalan kaki untuk memperkukuhkan kesihatan. Berjalan di waktu pagi boleh mengeluarkan peluh disamping ia adalah cukup segar bersama kesegaran pagi. Tetapi perjalanan tersebut tidak mengambil jarak yang jauh, hanya berjalan keliling kawasan tapak permainan kanak-kanak sahaja. Pusingan pertama hanya berjalan kosong sambil memerhatikan keindahan, dan pusingan kedua barulah setiap check point mengambil tempat masing-masing.
Setiap check point, para peserta dikehendaki untuk melaksana aktiviti yang terdapat dalam setiap check point. Antara ujiannya ialah jigsaw puzzle, fesyen dari surat khabar, lukisan dan gubahan hantaran. Kesemua ujian yang dilaksanakan mempunyai matlamatnya yang tersendiri. Slot ini tamat sekitar pukul 9.30 pagi. Selepas itu proses penilaian diteruskan supaya kesan matlamat itu lebih hampir. Kemudian para peserta minum pagi dan khidmat diri.
Sekitar pukul 10.30 pagi, para peserta kembali berkumpul disurau untuk latihan penutup untuk majlis penutup itu nanti. Kemudian para peserta membuat persiapan dan kudapan. Majlis penutup bermula pada pukul 11 pagi. Majlis telah dirasmi tutup oleh pegawai agama bahagian perkahwinan dan kaunseling. Bermula dengan bacaan maulid Dhiya ul Lami’ oleh para peserta, kemudian ucapan penyutu oleh pegawai agama, Majlis agama islam Negeri Sembilan. Kemudian penyampaian sijil kepada peserta. Kemudian solat zuhur berjemaah dan makan tengah hari. Majlis pun bersurai. Begitulah serba sedikit maklumat sekitar perjalanan program perkhemahan ibadah kaum ibu.
Kemudian, kami pergi ke pedas untuk bermandi manda di kolam air panas di pedas. Selesai mandi manda kami pun pulang ke tenggaroh. Begitulah perjalanan Rakan al Husna untuk melaksana program khemah ibadah kaum ibu. Selain perkhemahan tersebut, program tersebut telah menjemput remaja untuk membuat latihan perkusi untuk qasidah. Keputusannya amat memberansangkan. Remaja senawang dengan cepat dan mudah memainkan perkusi qasidah. Tahniah buat semua. Jumpa lagi tahun hadapan untuk program khemah ibadah kaum ibu.

Wednesday, November 4, 2009

Kunjungan Habib Ali al Bahar tahun 2007



Bersempena dengan kunjungan Sayyid Ali Hasan al Bahar pada tahun 2009 ini, maka kami dengan berbesar hati memaparkan kembali kunjungan Sayyid Ali di Malaysia, pada tahun 2007. Kehadiran Sayyid ke Malaysia adalah kerana mengiringi perwakilan dari Universiti Syarif Hidayatullah, Malang untuk perdebatan Bahasa Arab peringkat Asia di USIM.

Maka, kami mengambil kesempatan untuk bersama-sama meraih keberkatan dengan kunjungan beliau, walaupun kami hanya sempat untuk beberapa ketika sahaja. Sebenarnya, Rakan al Hunsa ada cuba untuk menjemput Habib ke Johor, malangnya masa Habib begitu padat. Majlis hanya diadakan di ILIM sahaja.

Bermula dengan menjemput Habib di Hotel, Sepang dan membawanya ke ILIm. Disana, kami mulakan dengan bacaan Maulid al Daibaie. Majlis diserikan dengan tausiyah dari Habib Ali sendiri, Ustaz Zamihan al Gharie, Ustaz Shahrol Fadli dan Ustaz Zakuan. Majlis diselang selikan dengan bacaan qasidah.

Jamuan hanya di restoran berhadapan dengan MPI, Bangi. Kami beruntung kerana pada malam itu, kehadiran Syaikh Tengku Fauzi, turut memeriahkan suasana. Usai sahaja benikmati juadah, kami membawa Sayyidi Habib Ali berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Habib sendiri keletihan pada malam itu. Kami terus menghantar Habib ke hotel kerana besok Habib masih mempunyai acaranya sendiri. Namun, kami telah pergi ke USIM dan sempat bersama Habib. Syukran Jazilan Ya Habib. Harapan kami, tahun ini kami dapat membuat majlis dengan lebih baik.

Tuesday, October 27, 2009

Program Haul Syaikh Habib Abdullah al Haddad.



Sambutan Majlis Haul Syaikh Habib Abdullah al Haddad diadakan pada hari sabtu, 24 Oktober 2009 di Masjid Baitul Aman. Bagi Rakan al Husna, sambutan kali ini amat bermakna kerana ia telah dihadiri oleh Syaikh Habib Ali bin Hasan al Bahar yang merupakan rakan seperguruan dengan Ustaz Shahrul Rizal. Bahkan beliau merupakan anak murid pertama Sayyid Hasan al Saqqaf.

Jaulah ke majlis ini telah disertai oleh 33 ahli Rakan al Husna dari Johor. Semua berkumpul dirumah Ustaz Shahrul Rizal. Jemaah dari Johor Bahru yang diketuai oleh Saudara Arif sudah sampai sejak 23/ 10 lagi. Rombongan bergerak pada pukul 12.30 tengah hari.




Perjalanan lancar sehingga di perhentian Pagoh. Didapati tayar van sudah mula botak dan sudah nampak dalamnya. Maka perjalanan terhenti seketika apabila proses tukar tayar dilaksanakan. Apabila selesai, perjalanan disambung semula, tetapi van terdapat beberapa masalah. Jadi pergerakan van mula perlahan. Perjalanan yang perlahan telah melambatkan perjalanan kami.
Kami singgah pula di perhentian Ayer keroh untuk makan, mandi, solat dan menukar baju. Apabila semuanya selesai, kami mula bergerak sekitar pukul 6.30 petang. Namun, van agak terlambat bergerak disebabkan oleh beberapa masalah.

Tetapi kami berkumpul semula diperhentian Seremban untuk memberi peluang kepada penumpang van untuk menukar pakaian dan sebagainya. Sekitar pukul 7.50, kami menyambung perjalanan semula.


Kami sampai di Masjid Baitul aman, pada jam 8.30 malam. Ketika itu, al Fadhil Syeikh Fuad sedang memberi ceramahnya. Beliau telah menceritakan tentang kelebihan dan peringatan Syaikh habib Abdullah al Haddad. Diantara perkara yang dititik beratkan ialah peringatan Syaikh Abdullah al Haddad mengenai adab-adab ahli suluk. Perkara adab ini sudah banyak tidak diambil berat lagi oleh ahli suluk walaupun mereka mendakwa sebagai pemegang kepada sesuatu aliran. Maka wujudlah pelbagai tindakan yang menyalahi suluk dan hilang keberkatan dalam beramal.

Kemudian majlis diserikan dengan nyanyian qasidah. Dengan habisnya qasidah maka berakhirlah majlis pada malam itu. Kemudian diteruskan dengan ibadah solat isyak secara berjemaah. Usai bersolat, jamuan makan malam disediakan oleh pihak penganjur.
Walaupun orang sedikit demi sedikit mula meninggalkan masjid, namun, Rakan Husna sempat dan berpeluang bersama Habib Ali bin Hasan al Bahar. Pertemuan itu diserikan dengan mengaku-alu kehadiran Sayyid Ali dengan dendangan qasidah oleh Saudara Arif. Kemudian Sayyid Ali menyampaikan tausiyahnya kepada seluruh anak murid Ustaz Shahrul dan Rakan Husna.

Perkara yang ditegaskan oleh Sayyid Ali dalam tausiyahnya ialah kepentingan mencari ilmu dan menjadi orang yang berilmu. Dengan dalil-dalil dan penerangan Sayyid telah menampakkan kehebatan Sayyid Ali dalam ilmu Allah. Apabila Sayyid Ali menghabiskan tausiyahnya, disambung dengan pembacaan qasidah Yarasullah ya Sanadi oleh saudara Arif.

Sekitar pukul 12 pagi, barulah majlis selesai. Rakan al Husna telah mengiringi Sayyid Ali untuk kembali ke tempat penginapan. Selepas itu rombongan telah bergerak menuju ke Dataran Merdeka. Namun, kami terpisah disebabkan oleh roadblock besar-besaran telah diadakan disepanjang jalan ke Dataran Merdeka. Jadi, masing-masing telah membawa haluan masing-masing. Cuma kereta Ustaz dan van yang dipandu oleh Fadhil sahaja yang bersama. Seterusnya kami bercadang ke Putrajaya, tetapi disebabkan oleh salah faham maka sekali lagi kami terpisah. Van yang dipandu Arif telah menghantar Bro Azmi ke hospital dan terus kembali ke Seremban. Kereta Ustaz terus ke Seremban, van Fadhil ke kajang dan kembali ke seremban pada pukul 4 pagi. Sementara kereta bedol sudah sampai di seremban sejak pukul 1 lagi.
Kemudian kami berehat untuk program esok seterusnya.




25 Oktober 2009

Sesudah solat subuh, kami telah bersiap sedia untuk meneruskan program. Kami telah bersarapan dirumah Ustaz Shahrul Rizal. Kami meneruskan perjalanan ke Masjid Taman Desa, lebih kurang pukul 8 pagi. Dalam perjalanan kami singgah ke susur keluar Bangi untuk mengambil Udit dan terus kami pergi ke Masjid Taman Desa. Kami tiba di Masjid Taman Desa lebih kurang pukul 9.30 pagi.
Kami sampai pada waktu itu, majlis telah pun bermula dengan ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Kamaruzaman, pensyarah UM dalam bidang akidah dan falsafah. Beliau telah menerangkan dengan jelas mengenai Ahli sunnah wal jamaah. Tentang sifat, ciri dan arah pemikiran ahli sunnah wal jamaah. Malah beliau juga mengingatkan bahawa tidak mungkin dengan jumlah penganut ahli sunnah wal jamaah dari asyairah itu adalah yang teramai jumlahnya boleh terdedah kepada penyelewengan. Kemudian majlis berehat sebentar. Sebelum majlis disambung semula, majlis diserikan lagi dengan persembahan qasidah oleh Rakan al Husna. Persembahan Rakan Husna telah menarik minat peserta yang ada di dalam majlis itu.

Kemudian majlis disambung semula dengan ceramah oleh al Fadhil Sayyid Ali bin Hasan al Bahar. Beliau telah membedah kitab Daf’u Syibtut Tasyhbih karangan Imam Ibnu Jauzi. Malah beliau telah menerang dengan terperinci dan jelas sekali mengenai nusus mutasyabihat dan bagaimana ahli sunnah beramal dengannya. Penjelasan beliau mengenai kumpulan dari jamaah muslimin yang menguna pakai makna zahir dari nusus mutasyabihat telah membuka mata peserta mengenai masalh yang sering dipertikaikan oleh golongan yang cuba merosakkan Islam.
Majlis disambung semula dengan penjelasan keterlibatan golongan wahabi dengan jenayah ekstrem. Bermula dengan penjelasan siapakah wahabi sehingga kesan negatif yang wujud dari kumpulan ini. Penjelasan ini telah disampaikan oleh al Fadhil Ustaz Zamihan al Ghari yang telah menarik minat para peserta mendengarnya. Banyak persoalan yang telah ditanya dalam soal sesi jawab. Malah banyak perkara yang telah dapat diterang dengan jelas tentang masalah yang berkaitan dengan akidah ini.

Majlis ini telah dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Persatuan Ulamak Malaysia Wilayah Persekutuan. Majlis selesai lebih kurang pukul 1.30 petang. Kami beredar lebih kurang pukul 2.00 petang.
Selepas itu, kami semua pergi ke Muzium Negara. Selepas itu kami ke Plaza Low yat dan lebih kurang pukul 6.30 petang, kami pulang ke Tenggaroh. Kami sampai di tenggaroh lebih kurang pukul 1 pagi.
Itulah serba sedikit, perjalanan kami dalam menjayakan aktiviti kali ini. Semoga orang terhibur.

video