Wednesday, November 4, 2009

Kunjungan Habib Ali al Bahar tahun 2007



Bersempena dengan kunjungan Sayyid Ali Hasan al Bahar pada tahun 2009 ini, maka kami dengan berbesar hati memaparkan kembali kunjungan Sayyid Ali di Malaysia, pada tahun 2007. Kehadiran Sayyid ke Malaysia adalah kerana mengiringi perwakilan dari Universiti Syarif Hidayatullah, Malang untuk perdebatan Bahasa Arab peringkat Asia di USIM.

Maka, kami mengambil kesempatan untuk bersama-sama meraih keberkatan dengan kunjungan beliau, walaupun kami hanya sempat untuk beberapa ketika sahaja. Sebenarnya, Rakan al Hunsa ada cuba untuk menjemput Habib ke Johor, malangnya masa Habib begitu padat. Majlis hanya diadakan di ILIM sahaja.

Bermula dengan menjemput Habib di Hotel, Sepang dan membawanya ke ILIm. Disana, kami mulakan dengan bacaan Maulid al Daibaie. Majlis diserikan dengan tausiyah dari Habib Ali sendiri, Ustaz Zamihan al Gharie, Ustaz Shahrol Fadli dan Ustaz Zakuan. Majlis diselang selikan dengan bacaan qasidah.

Jamuan hanya di restoran berhadapan dengan MPI, Bangi. Kami beruntung kerana pada malam itu, kehadiran Syaikh Tengku Fauzi, turut memeriahkan suasana. Usai sahaja benikmati juadah, kami membawa Sayyidi Habib Ali berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur.

Habib sendiri keletihan pada malam itu. Kami terus menghantar Habib ke hotel kerana besok Habib masih mempunyai acaranya sendiri. Namun, kami telah pergi ke USIM dan sempat bersama Habib. Syukran Jazilan Ya Habib. Harapan kami, tahun ini kami dapat membuat majlis dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment