Thursday, August 20, 2009
Penubuhan Rakan al Husna
Pada tahun 2003, Ustaz Shahrul Rizal telah mendaftarkan diri di SMK Tenggaroh B. Beliau telah mendengar banyak berita mengenai suasana dan biah setempat yang merunsingkan jiwanya. Maka beliau bertindak untuk berbuat sesuatu untuk menyelamatkan ummat Tenggaroh pada waktu itu. Selaku orang baru, tentu beliau banyak melihat dari terburu-buru bertindak. Beliau mula merancang sesuatu untuk memulakan tindakan. Oleh sebab itu, untuk menarik hati pelajar dan bergaul rapat dengan mereka, maka Ustaz Shahrul Rizal telah menyertai Pasukan Pengakap dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sekaligus menyerap unsur-unsur dakwah. Hal ini berlaku secara berterusan, tetapi Ustaz Shahrul Rizal melihat, usaha yang begitu, kurang menghasilkan impak yang boleh mengubah masyarakat khususnya para pelajar. Dalam waktu yang sama, setiap malam Ustaz Shahrul Rizal mengajar secara talaqqi musyafahah. Namun, pelajar Ustaz Shahrul Rizal cuma seorang sahaja iaitu Cikgu Arif. Istiqamah tersebut berubah apabila datang Mohd Fadil Fauzi yang kerap datang ke surau akhirnya turut dihadiri kawan-kawan beliau. Hasil daripada suasana itu, Ustaz Shahrul Rizal telah menyarankan agar dibuat satu kumpulan agar dapat membuat aktiviti sekaligus terlibat dengan aktiviti dakwah. Bersempena dengan nama surau al Husna maka tertubuhlah gerakan kumpulan Rakan al Husna pada tahun 2005. Makin hari makin bertambah pelajar yang terlibat dengan aktiviti Rakan al Husna. Majlis Zikir sentiasa berkumandang. Pengajian sentiasa dipenuhi oleh para pelajar. Maulid mula dibaca dan dihiburkan dengan bacaan qasidah dan akhirnya dapat diterima oleh masyarakat sehingga dijemput untuk bacaan Maulid dan qasidah untuk majlis-majlis perkahwinan mahupun majlis-majlis rasmi. Rakan Husna maju dengan terlibat dengan rasmi dengan usaha-usaha dakwah. Kejayaan utama Rakan al Husna ialah apabila dapat mengislamkan 63 orang asli. Kehadiran kami disana diraikan, pemergian kami ditangisi. Dan usaha Rakan Husna berkembang sampai sekarang dan telah diketahui umum hampir seluruh Malaysia dan dipromosikan diluar-luar Negara. Malah Rakan al Husna turut dijemput untuk mengadakan motivasi disekolah-sekolah. Pada tahun 2005, Rakan al Husna telah melaksanakan hampir 60 program dan tahun 2006, sebanyak 50 program, 2007 hampir 70 program dan tahun2008, masih 70 program, dapat dilaksanakan. Pada tahun ini, kami memohon keberkatan Saidina Rasul , agar Allah memberi kekuatan untuk berdakwah di atas jalan Allah. Amin. Selain itu, Rakan Husna mula mewarnai usaha dakwah dengan lebih mantap melalui perancangan yang teliti , iaitu usaha mewujudkan Yayasan al Husna. Maka, Rakan al Husna akan menjadi salah satu cabang biro yayasan. Dengan usaha pembinaan Yayasan ini, Rakan al Husna akan turut merancang pembinaan Madrasah Tahfiz al Quran, Tahfiz al Hadis, Pengajian Kitab Turath, Rumah anak Yatim, Rumah orang tua, Rumah mustada’fin, koperasi husna dan lain-lain lagi. Kini, Rakan Husna sudah diterima kewujudannya oleh masyarakat dengan aktiviti –aktiviti dakwah yang menari. Malah, terbukti keberkesanannya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment