Thursday, August 20, 2009

PERLEMBAGAAN PERSATUAN RAKAN AL HUSNA

1. NAMA DAN ALAMAT

a. Nama : Rakan al Husna

b. Alamat : SMK Tan Sri Abdul Kadir,LKTP Tenggaroh 05, 86810 Mersing, JOHOR.

2. MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk menjiwai keilmuwan Islam dan berakhlak mulia.

3. OBJEKTIF

3.1 Supaya ahli dapat mendalami ilmu agama dan beramal.

3.2 Supaya ahli boleh terdidik menjadi seorang pendakwah yang mempunyai sahsiah tinggi.

4. KEAHLIAN

4.1 Dibuka kepada sesiapa sahaja.

4.2 Menjadi ahli dengan membaca baiah Rakan al Husna.

4.3 Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan persatuan ini.

5. PENASIHAT

5.1 Penasihat adalah yang dilantik oleh Rakan al Husna.

5.2 Penasihat mempunyai kuasa untuk memberi pendapat ketika merancang atau membatalkan sesuatu aktiviti apabila difikirkan perlu.

5.3 Penasihat hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

6. AHLI JAWATANKUASA

6.1 Dilantik oleh Amirul Husna.

6.2 Ahli yang aktif, senior dan berilmu atau salah satu daripadanya adalah layak menyandang tugas ahli jawatankuasa.

6.3 Pemilihan ahli jawatankuasa secara pemilihan.

6.4 Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru AJK berkenaan tanpa mengadakan mesyuarat.

6.5 Ahli Jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklah menghantar surat perletakan jawatan kepada Amirul Husna

6.6 Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri:-

6.6.1 Amirul Husna
6.6.2 Setiausaha
6.6.3 Bendahari
6.6.4 Qiadah
6.6.5 Penerbitan
6.6.6 Dakwah
6.6.7 Perhubungan
6.6.8 Thaqofah
6.6.9 Penerangan
6.6.10 Pemeriksa Kira-Kira(2 orang)

7. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

7.1 Amirul Husna

7.1.1 Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat
7.1.2 Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.
7.1.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.

7.2 Setiausaha

7.3.1 Menguruskan hal-hal surat menyurat.
7.3.2 Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat/laporan kegiatan-kegiatan.
7.3.3 Mencatat kehadiran ahli
7.3.4 Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan persatuan.
7.3.5 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.

7.3 Bendahari

7.5.1 Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan Kelab/Persatuan
7.5.2 Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.
7.5.3 Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta menandatanganinya.
7.5.4 Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta di dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.
7.5.5 Menyediakan Laporan Kewangan untuk di audit dan dibentangkan dalam Muktamar.
7.5.6 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa.

7.4 ahli Jawatankuasa

7.7.1 Membantu menjalankan tugas dalam segala program dan aktiviti yang dilaksanakan.
7.7.2 Mempengerusikan lajnah sekiranya dilantik.
7.7.3 Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Penasihat dari masa ke semasa


7.8 Pemeriksa Kira-Kira

7.8.1 Memeriksa, menyemak serta mengesahkan Laporan Kewangan tahunan dan bertangungjawab keatasnya.
7.8.2 Memastikan pengurusan kewangan diuruskan dengan betul.


8. KEWANGAN

8.1 Sumber utama kewangan persatuan/kelab adalah melalui derma yang diputuskan semasa Muktamar.
8.2 Persatuan/Kelab juga boleh memperoleh kewangan melalui aktiviti.
8.3 Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

9. KEHADIRAN/PENYERTAAN

9.1 Ahli persatuan/kelab dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan/kelab sepanjang tahun.

10. AKTIVITI

10.1 Dijalankan seperti yang dirancang dalam muktamar atau mesyuarat AJK.
10.2 Sebarang pindaan aktiviti akan dibuat oleh Amirul Husna dan diumumkan untuk pengetahuan ahli.

11. PERATURAN-PERATURAN

11.1 Hukum Syarak adalah menjadi peraturan asas.
11.2 Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.
11.3 Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

12. TINDAKAN DISIPLIN

12.1 Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan/kelab dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.
12.2 Tindakan disiplin adalah mengikut cara berikut:

12.2.1 Amaran lisan
12.2.2 Amaran bertulis

12.3 Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada Amirul Husna persatuan/kelab secara bertulis dan keputusan Amirul Husna adalah muktamad.

13. PINDAAN PERLEMBAGAAN

13.1 Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.
13.2 Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Penasihat secara bertulis.
13.3 Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh, Amirul dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.
13.4 Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan .

14. PEMBUBARAN PERSATUAN

14.1 Amirul Husna diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Hukum Syarak.

14.2 Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Muktamar Tergempar.



15. HAL-HAL LAIN

15.1 Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

15.2 Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.

No comments:

Post a Comment