Monday, August 24, 2009

Sejarah peribadi Tuan Guru kami : Ustaz Shahrul Rizal bin Mohd Sati


Ustaz Shahrul Rizal bin Mohd Sati dilahirkan di Kampung Air Itam Labu, Kampar, Perak pada 16 Disember 1978. Ayah beliau yang bernama Mohd Sati bin Haji Basry pula berasal dari Kampung Changkat Melintang, Perak. Kemudian dibesarkan di Tapah Road, Perak. Dibesarkan dalam suasana agama yang kuat. Haji Basry merupakan tempat rujukan orang kampong selain menjadi anak murid yang taat kepada seorang Tuan Guru yang buta. Kerjanya hanya membawa Tuan Gurunya mengajar ke masjid-masjid dengan menaiki basikal. Ketika mengajar, Haji Basrylah membaca matan daripada kitab-kitab dan disyarahkan oleh Tuan Guru beliau. Malah beliau sendiri sejak seawall umur 20 tahun sudah pergi ke Mekah. Pada beliau terkumpul segala ilmu dunia dan akhirat, zahir dan yang batin. Mengikut asal cerita daripada En Mohd Sati, keturunan beliau berasal dari kerajaan Jawa iaitu kerajaan Islam Demak. Ayah kepada Haji Basry telah berhijrah ke Tanah Melayu dan mengajar disana. Kemudian dia kembali ke Tanah Jawa dengan meninggalkan anaknya iaitu Haji Basry kepada seorang penjaga dari penduduk tempatan yang bernama Haji Kali ( bukan nama sebenar, Cuma gelaran kerana kebaikan, kepandaiannya seperti Sunan Kalijaga ). Haji Kalilah yang menjaga dan membesarkan Hj Basry. Sementara ibu kepada Mohd Sati meninggal dunia di tanah haram, Mekah. Ayah dan ibu En Mohd Sati amat teguh berpegang dengan amalan agama dan beristiqomah dengan amalan thoriqah. Salah seorang dari anak beliau dari isteri yang kedua bersamaan dengan adik En Mohd Sati telah menjadi khalifah bagi thoriqah Naqsyabandiah Kholidiyyah di Perak.
Sementara ibu Ustaz Shahrul Rizal pula ialah Sohaini Bt Baharudin. Berasal dari kampong Air Itam Labu. Seorang yang biasa tetapi amat taat dengan suaminya. Pewarakannya amat disenangi oleh setiap orang. Hasil perkongsian hidup bersama, maka mereka dikurniakan 9 orang anak. Yang menuntut ilmu agama seramai 2 orang. Pertama : Norsyima Mohd Sati, menuntut di Universiti al Azhar, Mesir. Kedua : Ustaz Shahrul Rizal. Menuntut di Universiti Mu’tah, Jordan.
Pada mulanya mereka menetap di Tapah Road ketika En Mohd Sati bekerja sebagai askar. Tetapi pindah ke N.sembilan pada tahun 1980 untuk kehidupan yang lebih selesa dan lari daripada kehidupan askar yang agak penuh kemaksiatan pada waktu itu. Ustaz Shahrul Rizal pun dibesarkan disana.
Menurut ibu Ustaz Shahrul Rizal, daripada adik beradik yang ramai itu, Ustaz Shahrul Rizallah yang paling mudah dilahirkan.Tanpa rasa kesakitan, Ustaz Shahrul Rizal terlalu mudah untuk dilahirkan.



Pendidikan Tuan Guru
Ustaz Shahrul Rizal mendapat pendidikan tidak rasmi sejak kecil lagi daripada ayah dan ibu beliau. Sewaktu kecil beliau juga sering ke kelas pengajian Syeikh Mohd Redho bersama-sama dengan ayah beliau.
Ustaz Shahrul bin Mohd Sati mendapat pendidikan awal di SK King George V, Ampangan, Seremban. Dari darjah 1 hingga darjah 6. Menduduki peperiksaan UPSR dan mendapat keputusan 1A 2B 1C. Beliau melanjutkan pelajaran ke SMK Jalan Sikamat. Sekarang sudah dikenali dengan nama SMK Sheikh Haji Mohd Redza. Apabila sampai ditingkatan 3, beliau sudah mula menjejakkan kaki ke pondok Hj Ali, Siliau, mempelajari ilmu agama secara sambilan bila cuti sekolah. Dengan keputusan peperikasaan PMR sebanyak 2A 5B 1C dan 1D melayakkan beliau menyambung pelajaran ke Maahad Ahmadi, Gemencheh, N.Sembilan.
Di Maahad Ahmadilah, beliau mula menimba ilmu agama secara serius dan seringkali mengunjungi Pondok Hj Zakaria dan Pondok Hj Hamzah,menyebabkan beliau digelar dikalangan kawan-kawannya dengan pangilan “Syeikh”. Di Maahad Ahmadi beliau telah mempelajari dan menguasai dengan baik ilmu agama seperti akidah, mantik, ilmu hadis, tafsir, balaghah, tarikh adab dan lain-lain lagi. Beliau juga sering dipuji oleh guru-gurunya dengan mendapat keputusan yang baik dalam senawi. Selain daripada itu, beliau mula mempelajari kitab kuning dipondok-pondok dalam ilmu tauhid, tasawwuf, tafsir dan sebagainya. Dalam tempoh yang singkat itu, beliau telah mendapat keptusan yang baik dalam peperiksaan SPM dan melayakkan beliau mendapat tawaran menyambung pelajaran di Jordan dalam bidang Bahasa dan Kesusasteraan Arab di Universiti Mu’tah.
Beliau berangkat ke Universiti Mu’tah pada 18 Jun 1996. Dengan semangat dari titisan darah medan syuhada Mu’tah telah menambah semangat Ustaz Shahrul Rizal untuk menimba ilmu agama untuk mempertahankan tradisi keilmuan Islam dan semangat juang mendirikan kekhalifahan Islam. Beliau telah melazimi pengajian talaqqi musyafahah daripada Tuan Guru utama yang menjadi mursyid beliau iaitu, Syeikh Sayyid Hasan bin Ali al Saqqaf. Daripada Sayyid Hasanlah beliau mempelajari aqidah yang soheh, hadis dan ulumnya, al Quran, tafsir, feqh syafie dan tasawwuf dalam Thoriqah Syaziliyyah al Darqowiyyah.


Selain itu, beliau juga turut belajar dengan Syeikh Hazim Naif Abu Ghazalah dalam ilmu tasawwuf dan Thoriqah Syaziliyyah Qadiriyyah serta feqh hanafi. Syeikh Abdul Karim al Urabie dalam Thoriqah Syaziliyyah. Syeikh Nuh Hamim Keller dalam Thoriqah Syaziliyyah Darqowiyyah dan feqh syafie.Said Foudeh dalam mantik dan akidah. Syeikh Arnaout dalam ilmu hadis dan ramai lagi terutamanya dengan pensyarah Universiti seperti Dr Abdullah Fawwaz, Dr Abdul Rahman al Kilani dan lain-lain lagi.
Ketika berada di Jordan, beliau juga amat aktif dengan persatuan. Beliau adalah di antara pengasas kumpulan nasyid al Zauraq yang mampu mengadakan beberapa konsert di Mu’tah. Beliau jua telah memegang jawatan dalam lajnah thaqofah dan biro Akedemik Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mu’tah. Beliau juga adalah orang yang terlibat dengan penubuhan PERMATA yang menjadi wakil kepada Badan Kebajikan Anak Negeri,Negeri Sembilan. Selain itu beliau turut terlibat sebagai pengerusi SPR untuk Pilihanraya PERMATA.
Apabila tamat pengajian di Universiti Mutah pada tahun 2001 dengan kepujian Ustaz Shahrul Rizal kembali ke Malaysia dan menyambung pelajaran di Maktab Perguruan Islam Bangi dan mendapat Diploma Perguruan pada tahun 2002. Beliau juga sempat belajar dengan Dato’Haron Din di Darus Syifa dan berjaya mendapatkan ijazah dalam perawatan secara Islam.
Dan kini, beliau bertugas di SMK Tan Sri Abdul Kadir dan bergiat aktif dalam dakwah di peringkat Johor dan daerah Mersing. Semoga Allah merahmati Tuan Guru Kami.

Masyayikh Tuan Guru Kami

Masyayikh Jordan

1. Allamah al Muhaddith al Kabir Syeikh Sayyid Habib Hasan bin Ali al Saqqaf

( Aqidah, Hadith dan Ulum,Feqh Syafie dan segala ulum syarie serta Thoriqah Syaziliyyah Darqowiyyah )

2. Syeikh Abdul Karim al Urabie

( Thoriqah Syaziliyyah Darqowiyyah )

3. Syeikh Hazim Naif Abu Ghazalah

( Thoriqoh Syaziliyyah Qodiriyyah, Feqh Hanafi )

4. Syeikh Nuh Hamim Keller

( Thoriqoh Syaziliyyah Darqowiyyah, Feqh Syafie )

5. Syeikh Said Foudeh

( Akidah, Mantik )

6. Syeikh Syuib Arnaout

( Hadis )

Masyayikh Syiria

1. Syeikh Said Ramadhan al Boutie

( Feqh Syafie, Tasawwuf , Sirah )

2. Syeikh Rejab

( Feqh Syafie )

Masyayikh Turkey dan Cyprus

1. Syeikh Mahmud Efendim

( Thoriqah Qadiriyyah )

2. Syeikh Nazim A’dil al Qubrusie

( Thoriqah Naqsyabandiah Haqqaniah )

Masyayikh Nusantara

1. Kiyai Hj Zakaria
( Thoriqat Syattariyyah, Feqh Syafie dan Tasawwuf )

2. Baba Nawie
( Feqh Syafie, Tasawwuf )

3.Syeikh Hj Abdullah Sijang
( Thoriqah Ahmadiyyah, Tasawwuf )

4. Gus Arifin
( Thoriqah Bani Alawie, Tasawwuf )

5. Syeikh Wan Mohd Saghir bin Abdullah

6. Habin Ali bin Hasan al Bahr

Masyayikh Iraq

1. Syiekh Afifuddin bin Abdul Qadir al Jailanie
( Thoriqah Qadiriyyah, Tasawwuf )

Pensyarah Universiti

1. Dr Abdullah Fawwaz
2. Dr AbdulRahman al KIlanie
3. Dr Abdul Malik Sa’die
Sahabat Tuan Guru Kami

Dalam perjalanan menuntut dan meredah ilmu, maka sudah tentu Ustaz Shahrul Rizal tidak keseorangan dalam mencapai citi-cita yang dihajatinya. Maka teman seperguruan amatlah menjadi pendorong dalam beristiqamah merencana kehidupan keilmuwan.
Ketika di Jordan Ustaz Shahrul Rizal sempat bersahabat dengan beberapa orang yang turut beristiqamah dalam memperoleh ilmu antaranya ialah

1. Sohibul Wilayah Ustaz Mohd Shahrol Fadhli bin Ali al A’lawie ( Imam Masjid Kangkar )
2. Syeikh al Allamah Sohibul Karamah Habib Sayyid Ali Hasan al Bahar ( Professor di Indonesia )
3. Allahyarham Syeikh Rofi’uddin ( wafat setelah kembali ke Lombok Indonesia menjadi Tuan Guru Pesentren )
4. Habib Hadi bin Hamid al Attas
5. Sohibul Kalam sawaiqul mursalah Ustaz Zamihan al Ghari ( Penulis Kitab Salafiyyah Wahabiyyah satu penilaian )
6. al Fadhil Ustaz Zakuan bin Khudzari
7. Ustaz Mohd Rosdi
8. Ustaz Ainul Qushairie ( Penulis Kitab Motivasi Iman )
9. al Fadhil Ustaz Shairozi
10. Ustaz Imran bin Ibrahim (Mantan Imam Besar Labuan kini bertugas di Pulau Pinang Pegawai Jakim)
11. dan lain-lain lagi yang tidak mampu disebut tanpa mengurangkan darjat mereka.

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. salam...macam mana ya kamu kenal ustaz sharul..beberapa hari lepas saya pun berjumpa dengan dia..sempat juga dengar suara dia yang merdu ketika membaca maulud...

    ReplyDelete
  3. sharifah nur hidayah al jufreeNovember 3, 2013 at 6:30 AM

    Salam..kim salam ustaz sharul,sy doa kn dia brjaya,dgn sgala usahanya

    ReplyDelete
  4. Salam,inn sha Allah sama2 kite doakan buat semua para ulama Dan para wali,semoga Allah lindungilah mereka dimana mereka berada,Amin ya Allah

    ReplyDelete
  5. Sampaikan salam pada ustaz shahrul hambe 1 keturunan dgn nya..keturunan kiyai hj.hamzah..hambe asal tapah toad menetap di kl

    ReplyDelete
  6. Sampaikan salam pada ustaz shahrul hambe 1 keturunan dgn nya..keturunan kiyai hj.hamzah..hambe asal tapah toad menetap di kl.

    ReplyDelete