Sejarah penubuhan zawiyah al Hasaniyyah ialah bermula dengan penubuhan Rakan al Husna. Sewaktu Ustaz Shahrul Rizal masih belajar di Jordan dengan al A’lim al A’llamah Syeikh Sayyid Hasan Ali al Saqqaf, Ustaz Shahrul Rizal pernah mengemukakan azam kepada Tuan Guru agar beliau dapat membina sebuah madrasah yang memperjuangkan syariat Allah dan memperjuangkan kebenaran Islam daripada ancaman dalaman dan luaran.
Atas azam tersebut, maka Ustaz Shahrul Rizal telah memulakan pengajian di Suaru al Husna. Apabila kehadiran para pelajar yang ingin mempelajari ilmu agama bertambah ramai, maka timbullah usaha untuk menubuhkan Rakan al Husna, yang bergerak di atas sebuah jemaah yang bertujuan berdakwah dengan kaedah Hal.
Namun, Ustaz Shahrul Rizal masih belum berpuas hati walaupun Rakan al Husna telah aktif dan giat berdakwah. Ini adalah kerana, beliau berpendapat, dakwah tanpa pembinaan ilmu agama yang mantap akan menjadikan usaha itu sia-sia dan tidak akan kekal lama. Atas inisiatif itu, Ustaz Shahrul Rizal telah mencadang agar pembinaan zawiyah ini dilaksanakan sebelum pembinaan madrasah yangdicita-citakan.
Sementara al Hasaniyyah pula diambil daripada nama Tuan Guru beliau, iaitu al Hibr al Fahhamah al Sayyid Hasan bin Ali al Saqqaf.
Dar Aytam al Hasanie
Setelah 2 tahun Rakan al Husna mengambil berat dengan nasib susah anak-anak yatim dengan pemberian zakat dan sumbangan ketika menyambut perayaan terutamanya ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri, maka dengan segala kesungguhan Rakan al Husna bercita-cita agar dapat membina sebuah penempatan dengan segala kelengkapan prasarana yang mencukupi dan selesa agar dapat membantu anak-anak yatim terutamanya di Tenggaroh.
Pembelaan Rasulullah tehadap kesusahan anak-anak yatim amat jelas seperti yang termaktub di dalam al Quran dan hadis, menjadikan tanggung jawab itu mestilah dipikul bersama.
Lantaran cita-cita pembinaan Dar Aytam al Hasanie amatlah diharapkan agar nasib anak yatim akan terbela. Namun, pembinaan tersebut pasti akan memakan modal yang melibatkan jutaan ringgit. Amatlah dihargai untuk sesiapa turut terlibat di dalam amalan amal jariah ini. Semoga usaha dan cita-cita ini akan terlaksana dan diberi ganjaran yang sewajarnya dari Allah.
Dar Mustada’fin al Hasanie
Rasulullah s.a.w amat mementing dan mengasihi orang-orang miskin dan orang kurang upaya. Sejak dari hijrah Rasulullah s.aw. ke Madinah, Rasulullah telah menyediakan ruang-ruang untuk penempatan orang miskin di Masjid Nabawi.
Jesteru itu, dengan suasana zaman sekarang yang mana terdapat ramai orang miskin yang tidak mempunyai penempatan, maka sudah pasti usaha ini amat bertepatan dengan Sirah Rasulullah s.a.w.
Dar Mustada’fin ini terbahagi kepada 2 bahagian iaitu satu untuk orang miskin dan faqir yang tegar dan yang kedua ialah orang kurang upaya.
Dar Mustad’afin akan menyediakan dewan asrama untuk mereka dan dewan makan. Dewan serbaguna juga disediakan untuk mereka belajar dan berusaha untuk meningkatkan tahap ekonomi mereka.
Dar Mustad’afin bukan setakat menyediakan penempatan dan kerja yang meningkatkan ekonomi, sudah pasti mereka akan terlibat dengan aktiviti Rakan Al Husna untuk menambah ilmu agama sekaligus menyediakan mereka sebagai pendakwah-pendakwah agam Allah.
Islam itu adalah rahmat. Pelaksanaan Dar Mustad’afin pasti adalah rahmat Allah kepada golongan yang tidak berupaya. Semoga cita-cita murni ini terlaksana dengan adanya insane-insan seperti para sahabat yang berjuang dengan harta mereka agar kesenangan harta dikongsi bersama.
Impian Kasih
Tuan Guru as Sayyid Hasan bin Ali al Saqqaf sering mengingatkan kepada Ustaz Shahrul Rizal perihal menjaga kebajikan orang yang tidak berkemampuan terutamanya kanak-kanak dan orang tua. Itulah yang dilakukan oleh Rasulullah sepanjang di Mekah dan Madinah. Baginda sering memperjuangkan nasib golongan ini, apatah lagi jika golongan tua itu adalah golongan yang tidak berkemampuan atau ditinggalkan ole anak-anak.
Jesteru itu, Ustaz Shahrul Rizal sentiasa bercita-cita agar dapat menubuhkan sebuah kompleks Impian Kasih yang mampu memberi perlindungan kepada golongan ini.
Selain menyediakan prasarana, golongan ini pasti akan diajar untuk lebih mendekati Allah dan mendalami ilmu agama Allah.
Semoga usaha yang baik ini akan mendapat sokongan masyarakat dan juga orang yang bersimpati agar dapat sama-sama menyumbang ke arah masyarakat madani seperti pembinaan Madinah al Nabawiyyah. Kembali ke Madinah.
Pondok al Madrasah al Hasaniyyah
Setelah pelaksanaan Zawiyah Hasaniyyah bergerak dengan aktif dengan sokongan pengerakan Rakan al Husna yang memberansangkan, maka Ustaz Shahrul Rizal telah mencadangkan agar pembinaan Pondok Madrasah segera dibina agar cita-cita Ustaz Shahrul Rizal terhadap Tuan Guru beliau iaitu al Allamah al Fahhamah al Sayyid Hasan bin Ali al Saqqaf akan tercapai. Malah ianya pasti akan membuahkan hasil lebih daripada apa yang dijangkakan. Sebanyak sedikit pasti akan memberi impak yang mendalam dalam pembentukan akhlak yang soleh dalam masyarakat setempat.
Penjiwaan dan pembinaan semula tradisi keilmuwan dapat diserap dengan cepat terhadap suasana ilmu di Johor umumnya dan di daerah Mersing khususnya.
Cita-cita murni ini pasti akan mengundang ketelusan jiwa insan mukmin taqiy yang akan terus menginfaqkan hartanya agar Islam dapat terus dan cepat berkembang. Adalah amat di alu-alukan penyertaan insan yang berupaya dan ikhlas dalam usaha murni ini.
No comments:
Post a Comment