Monday, August 24, 2009

Al Husna Entertaiment House

Sejak penubuhan Rakan al Husna, adalah amat sinonim aktiviti Rakan al Husna dengan beberapa aktiviti yang berbentuk hiburan antaranya ialah :

1. Bacaan Maulid al Daibaie, Simthut Duror, al Azzab, Syifa al Sudur dan Syaraful Anam, Dhiya ul Lami’ , Barzanji Nathar, Barzanji Nazam, Hadrah Ba Saudan, dan Burdah Busirie




2. Bacaan-bacaan qasidah.

Rakan al Husna seringkali dijemput untuk mengadakan pertunjukan dan persembahan sama ada dalam bentuk formal atau pun tidak formal. Dalam bentuk formal


ialah jemputan bacaan dalam majlis yang dihadiri oleh orang-orang keutamaan dan kenamaan. Majlis anjuran pihak tertentu termasuk kerajaan. Sementara tidak formal pula ialah dalam majlis perkahwinan, tahlil, potong jambul dan sebagainya.
Kumpulan nasyid al Husna telah ditubuhkan sejajar dengan penubuhan Rakan al Husna yang diberi nama D’One

yang membawa maksud “ Yang Satu “ iaitu Allah SWT. Seringkali menyertai pertandingan dan membuat persembahan.
Rakan al Husna telah dijemput mengadakan persembahan hampir keseluruh semenanjung. Semoga usaha ini berterusan.

1 comment:

  1. Salam. Ana sedang mencari hadrah ba saudan. Boleh tak antum tunjukkan jalan mana nak download mp3 nya atau kitabnya? Jazakallah khair

    ReplyDelete